PKR Berusaha Yang Terbaik Untuk Rakyat
PKR akan mengadakan kongres khas pada Sabtu ini (13/6) bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti yang antara lainnya membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa mengatakan, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum 3 penggal selama 9 tahun. Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas.
Tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti. Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku pada parti2 lain berulang di PKR.
Selain itu, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti. Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian.
Sekiranya sistem baru ini digunakan, ini bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.
Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada 5 kepada 7 orang iaitu 4 dipilih dan 3 dilantik. Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.
Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution pula berkata ini kali pertama mereka akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini.
Pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan. Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Kongres khas yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan PRK Penanti.
No comments:
Post a Comment