.
`
refresh 4 new artikal
.

25 June 2009

Pemuda Umno Kelantan Perlu Banyak Membaca

PEMUDA Umno Kelantan hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kata-kata politiknya dalam ceramah, kononnya Umno sebagai ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan menyamakan Umno dengan komunis.

Laporan polis itu dibuat oleh ketuanya sendiri, Anuar Safian(eh...macam nama Annuar Musa saja), di balai Polis Kota Bharu. Katanya kira-kira 100 orang mengiringi beliau dalam membuat laporan polis itu. Kenapa sikit sangat? Selalunya yang rajin membuat laporan polis di Kelantan ialah Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), tetapi kerja laporan polis ini sudah bertukar tangan pula.

Mungkin bagi MTRK mereka tidak merasakan kenyataan Nik Aziz itu mengancam keselamatan negara dan boleh mengugat keiman orang Melayu Kelantan.

~kerabu besuara~

2 comments:

  1. Assalaimualakum Saudara Anuar Safian,
    Rasanya anda telah melakukan satu kesilapan yang besar membuat laporan polis terhadap TGNZ. Dengarlah dengan teliti dan halusi apa yang diucapkan oleh TGNZ sebelum membuat apa-apa tindakan yang boleh memalukan anda dan bos-bos anda dalam UMNO.Pada pandanagan saya dan rakan-rakan saya dalam UMNO dan PAS, tiada apa yang boleh mensabitkan kesalahan TGNZ dalam ucapannya. Semua yang di luahkan berbentuk kiasan dan perumpamaan dan bukan direct to the point.Saya banyak mengikuti perkembangan anda sejak anda di lantik sebagai Ketua Pemuda UMNO kelantan tempoh hari,sikap anda terlampau emosi saperti boss anda di KL.Banyak kenyataan anda di akhbar membuatkan orang-orang UMNO sendiri rasa malu mempunyai bakal pemimpin UMNO akan datang saperti anda. Memang semua tahu anda mahu populariti kerana baru di lantik,akan tetapi sikap kebodohan anda akan memberi tempias kepada rakan-rakan anda juga. Saya cadangkan anda dan rakan-rakan anda,jika tidak keberatan hadirlah diri mendengar ceramah ugama yang disampaikan oleh TGNZ pada setiap pagi jumaat di hadapan pejabat PAS Kota Bharu.Dari situ anda dapat memahami bahawasanya setiap ucapan TGNZ itu mempunyai kiasan dan sindiran yang mendalam untuk memberi pengajaran dan contoh kepada orang-orang yang tidak memahaminya.Cuba anda bertanyakan diri anda,mengapa pemimpin tertinggi UMNO Kelantan tidak membuat laporan polis terhadap TGNZ sejak sekian lama?.Sedarlah anda baru 3 bulan di lantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan tiada lagi jasa-jasa anda dikalangan ahli-ahli UMNO bahkan pengundi-pengundi Kelantan. Semua tahu perlantikan anda hanya disokong oleh ahli-ahli pemuda sahaja pada asasnya di peringkat cawangan yang hanya terdiri lebih kurang tiga ratus perwakilan sahaja.Usahlah menunjukkan kehebatan anda hingga memusnahkan parti anda.Saya rasa sedih melihat anda dan ahli-ahli anda yang hanya lebih kurang seratus orang berarak membuat laporan polis disaksikan sendiri oleh orang ramai yang lalu lalang bertapa bodohnya tindakan anda.Sekian....Lu fikirlah sendiri... LPG

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum Sdr Anuar.

    Tahniah.... tindakan anda telah menghasilkan satu tindakan yang menyebabkan TGNA menghunuskan surat debat kepada Boss no 1 BN. Dan sekarang tak pasal pasal big boss anda terkena....
    Satu malaysia sedang melihat adakah Boss anda itu cukup berani menyahutnya... atau sedang memikir alasan-alasan lain. Kami pemuda atas pagar ini dah tahu jawapan dari pihak Boss anda - jawapan nya - buang masa! dan Kecut perut....
    Memang kita berbeza pendapat atas setiap sesuatu hal dan ianya bergantung dari sudut mana kita mehihatnya, oleh itu titik pertemuaan perlu dicari, perbetulkan mana yang salah.

    BN telah diberi kuasa memerintah selama ini, tapi
    hari ini kita telah maju dari segi material sahaja, namun Rakyat tetap dalam ketakutan dengan jenayah tempatan - ragut,buli,dadah,rempit,bohsia,seks bebas,anak zina,arak bebas, pendatang haram, pelacuran, bunuh,rasuah dan pelbagai lagi dan ianya hasil dari corak pimpinan kuasa 50 tahun BN.

    Bandingkan gejala ini dengan negara Jiran kita..Adakah negara mereka kronik seperti hal di negara kita? Apa beza.... hanya sistem pemerintah yang berbeza.

    Ingatlah Semua kita - Hanya ISLAM sahaja penyelamat kita.Biarpun kita orang BN atau PAS atau keadilah, bila mati belum tentu masuk syurga
    kerana cara hidup kita jauh dari ajaran islam.kita lebih takut Hantu dan Boss kita dari kita takutkan ALLAH dan larangannya. Kita kejar nama dan wang lebih dari kejar pahala Allah.
    Kita akan mati satu saat nanti dan Allah akan persoal apa yang kita buat masa hidup ini.

    Antara BN dan PAS, Pas lebih hebat memperjuangkan nilai-nilai dan cara hidup Islam.

    Tahniah TGNA yang telah menjalankan amanah dengan baik mengurus negeri kelantan 18 tahun walaupun penuh dengan tekanan dan dianak tirikan oleh kerajaan Pusat.

    Kelantan makmur dibawah PAS.Bandingkan pembangunan meterial Kelantan dengan Terengganu yang ada komisyen minyak berbilion itu.... tiada hebatnya selain dari masjid kristal yang banyak tiang dari makmun dan replika masjid yang banyak itu pun salah kiblatnya.Stadium pun boleh runtuh?

    Hidup TGNA, Semuga ALLAH merahmati atas jasa-jasa dan ilmu-ilmu yang kau curahkan selama ini.
    Muga saham -saham ahkirat TGNA dilindungi ALLAH.
    Pok Man.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower