.
`
refresh 4 new artikal
.

18 June 2009

PAS UMNO : PAS Tak Boleh Jalankan UG Jika Tak Diluluskan Oleh Majlis Syura

YB Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat ketika berucap di Dewan Rakyat semalam menegaskan bahawa sebarang perkara yang melibatkan dasar parti termasuk isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) tidak boleh dilaksanakan jika tidak diluluskan oleh Majlis Syura PAS, badan tertinggi di dalam PAS.

Hal tersebut (Kerajaan Perpaduan) tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia juga tidak pernah dibincangkan di dalam Lajnah Politik PAS, Jawatankuasa Agong atau Pakatan Rakyat.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Untuk makluman, Ustaz Halim berbahas semalam dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009. Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja.

Malah cara Najib yang menngunakan kaedah politik pecah dan perintah (divide and rule) menjelaskan lagi bahawa konsep 1Malaysia Najib sebenarnya hanya untuk "no one in Malaysia" sepertimana kaedah ini ditunjukkan dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Najib di Perak.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower