.
`
refresh 4 new artikal
.

14 June 2009

PAS UMNO : Khalid Tunjukkan Sikap Profesyenal Akui Kesilapan

Ramai memuji sikap Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad yang hari ini mengakui kesilapannya terlepas pandang mengenai usul yang dibawa oleh Dewan Muslimat kawasan itu mengenai isu melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) yang telah mendapat reaksi pelbagai pihak.

Usul itu yang dilulus tanpa bahas pada hari terakhir Muktamar PAS ke-55 di sini Ahad lepas mendapat bantahan daripada kalangan pemimpin pakatan pembangkang, NGO dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khalid berkata beliau telah mengesan ketidaksesuaian ayat di dalam usul itu yang agak sensitif dan telah mengarahkan Dewan Muslimat memperbetulkan ayat itu agar sesuai dengan konsep dakwah Islam pada mesyuarat khas bagi membincangkan usul-usul dari Shah Alam pada 23 April lepas.

Usul itu telah dibawa oleh Dewan Muslimat semasa mesyuarat agung PAS Shah Alam pada 19 April, katanya dalam sidang akhbar khas bagi menerangkan isu itu, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak membuat semakan lanjutan terhadap usul berkenaan sebelum dihantar ke PAS Pusat ekoran terlalu sibuk dalam persiapan penganjuran Muktamar PAS dan juga pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada hujung Mei lepas.

Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam berkata beliau akan menulis surat kepada PAS pusat dalam masa terdekat bagi menerangkan keadaan yang sebenar mengenai usul itu.

Katanya beliau tidak diminta oleh PAS Pusat untuk memberi penjelasan mengenai isu ini tetapi beliau telah diminta untuk menguruskannya memandangkan usul itu dibawa oleh PAS Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf kepada SIS, katanya beliau perlu meminta maaf kepada parti terlebih dahulu kerana kesilapannya itu.

Khalid berkata beliau ada dihubungi oleh Pengurus Kanan SIS Maria Chin Abdullah dan beliau telah menerangkan maksud sebenar Dewan Muslimat di dalam usul itu, iaitu PAS Shah Alam mahu wakilnya mengadakan perbincangan dan perbahasan mengenai isu-isu agama dengan SIS dan bukannya mengharamkan SIS atau menahan ahli-ahlinya untuk dipulihkan fahaman mereka tentang Islam.

Usul itu antara lain berbunyi: "(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya".


"Sikap profesyenal yang ditunjukkan Khalid perlu dicontohi oleh pimpinan PAS yang lain bilamana kita ada melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan imej parti kerana keberanian kita meminta maaf bererti kita mengakui kedudukan kita sebagai hamba Tuhan yang lemah," tegas seorang pensyarah di sebuah IPTA di sini petang ini.

"Dengan itu orang akan lebih menghormati kita daripada kita terus pertahankan perkara yang merosakkan parti dan jemaah," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower