.
`
refresh 4 new artikal
.

05 June 2009

PAS tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno – Husam




Saya harap mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno yang merupakan musuh politiknya.Jika tidak, tegasnya, PAS akan dilihat seperti membantu Umno yang kini dalam keadaan yang lemah - Datuk Husam Musa

Saya harap mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno yang merupakan musuh politiknya.Jika tidak, tegasnya, PAS akan dilihat seperti membantu Umno yang kini dalam keadaan yang lemah - Datuk Husam Musa

Husam: Lupakan sahaja rundingan PAS-Umno

Naib Presiden PAS, Husam Musa sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno ‘yang kini dalam keadaan lemah”.

“Saya harap mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno yang merupakan musuh politiknya,” katanya kepada pemberita di muktamar parti itu di Shah Alam hari ini.


Katanya, selagi ia menguntungkan Umno, PAS tidak sepatutnya bekerjasama dengan parti tersebut.

Jika tidak, tegasnya, PAS akan dilihat seperti membantu Umno yang kini dalam keadaan yang lemah.

Husam bertanding jwatan timbalan presiden, berdepan dengan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lagi pencabar, Mohamad Sabu yang juga naib presiden.

Proses pengundian bermula jam 3.50 petang ini dan sedang berjalan. Ia jangka berlanjutan sehingga ke malam.

Menurut pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali, pengiraan akan dijalankan hari ini, tetapi keputusannya akan diumumkan pagi esok.

http://www.malaysiakini.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower