Pakatan anjur himpunan 100,000 Selasa ini..
Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 anjuran Pakatan Rakyat akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya Selasa depan
Satu ceramah perdana akan diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan Umno dan BN untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat berkata program tersebut akan bermula jam 9 malam dan menggesa orang ramai menghadirinya.
Salahuddin memberitahu Harakah bahawa kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.
Mereka yang telah mengesahkan kehadiran masing-masing termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang
No comments:
Post a Comment