Notis Usul Mengenepikan Serta Membatalkan Kes DSAI
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN JENAYAH)
PERMOHONAN JENAYAH NO. 2009
Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Rayuan Jenayah No. W-09-30-2009
DAN
Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kes Jenayah MTJ3-45-9-09
DAN
Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Kes Tangkap 1-62-407-08
DAN
Dalam Perkara Mengenai Tuduhan bertarikh 7hb Ogos 2008 terhadap Pemohon di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan
DAN
Dalam perkara Seksyen 5 Kanun Prosedur Jenayah
DAN
Dalam perkara Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan
DAN
Dalam bidangkuasa sedia ada dan/atau inheren Mahkamah
ANTARA
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PEMOHON
DAN
PENDAKWA RAYA RESPONDEN
NOTIS USUL
AMBIL PERHATIAN bahawa pada haribulan 2009 pada pukul pagi/petang, atau seberapa cepat selepas itu yang boleh didengar oleh peguam DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, Pemohon yang dinamakan di atas, Tuan Haji Sulaiman Abdullah (atau mana-mana peguam Pemohon), akan mengusul Mahkamah bagi perintah-perintah/relif-relif selaras dengan seksyen 5 Kanun Prosedur Jenayah dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah:-
1. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya untuk mengeluarkan suatu perintah supaya pertuduhan dan pendakwaan jenayah terhadap Pemohon di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesysen Kuala Lumpur (Kes Tangkap 1-62-407-08) yang kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Kes Jenayah No: MTJ3-45-9-09) diketepikan (“set aside”) dan dibatalkan (“quashed”) serta merta.
2. Susulan dari itu bahawa Mahkamah yang Mulia ini memerintahkan agar Pemohon dibebas dan dilepaskan;
3. Sementara menunggu penyelesaian pendengaran usul ini, perbicaraan Kes Jenayah No: MTJ3-45-9-09 hendaklah digantung atau ditangguhkan sehingga penyelesaian pendengaran usul ini; dan
4. Sebarang perintah-perintah/relif-relif lanjut yang difikirkan wajar dan suai-manfaat.
Alasan-alasan permohonan ini adalah seperti yang terkandung sepenuhnya di dalam Afidavit Sokongan Pemohon DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM yang dikrarkan pada 17.06.2009 dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:-
a. Pertuduhan dan pendakwaan terhadap Pemohon adalah berniat jahat (mala fide), menindas dan adalah merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah;
b. Pertuduhan terhadap Pemohon adalah merupakan suatu kosnpirasi politik dan adalah satu muslihat jahat; dan
c. Walaupun wujudnya keterangan-keterangan sah dari pakar-pakar yang menolak berlakunya kejadian liwat ke atas pengadu, namum pihak pendakwaan masih meneruskan pendakwaan jahat (mala fide) terhadap Pemohon.
Bertarikh pada haribulan 2009.
| ……………………………………. Tetuan S.N. Nair Peguamcara bagi pihak Pemohon
| …………………………… Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur
|
Kepada:. Jabatan Peguam Negara
Unit Pendakwaan, Aras 7
Block C3, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62512 Putra Jaya
Notis Usul ini difailkan Tetuan S.N. Nair & Partners, peguamcara bagi pihak Pemohon yang mempunyai alamat untuk penyampaian di J-05-01, No. 2 Jalan Solaris, Solaris Mon’t Kiara, 50480 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-6203 6593) (No. Faks: 03-6203 6594) (No. Ruj: SNN/DSAI/08/CRIM)
No comments:
Post a Comment