.
`
refresh 4 new artikal
.

16 June 2009

Nasharuddin sambut baik respon Najib

Adakah bermoral dan tidak berdosa kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang mengkhianatinya?

Saya tidak tarik balik maki hamun saya kepada pengkhianat kepercayaan rakyat. Apabila orang Cina atau Hindu mempercayakan wang ringgit mereka kepada kita misalnya, kita wajib menjaganya dengan amanah. Jika kita pecah amanah, tok-tok guru yang saya tumpang mendengar orang belajar dari mereka menegaskan, kita berdosa. Tidur malam payah nak lena. Memohon maaf berkali-kali pun tidak meredakan rasa berdosa.


Dalam pilihan raya lalu, Melayu, Cina dan Hindu yang benci Umno mempercayakan masa hadapan mereka kepada PAS, PKR dan DAP. Adakah bermoral dan tidak berdosa kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang mengkhianatinya? Saya bukan tok guru. Tanyalah para ulama hukumnya.

Apabila saya membocorkan perbuatan berkendak politik dalam gelap dengan Umno dulu, saya sudah memperkirakan kesan dan akibatnya. Apabila saya diancam akan di saman kerana mendedahkan perselingkuhan politik itu, saya sudah bersedia untuk ke mahkamah.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri yang mengakui memang wujud perselingkuhan itu diikuti dengan pengakuan Presiden PAS sendiri, saya dok kata dalam hati: “I rest my case”.

Saya ingat selepas terdedah, tidak ada lagi yang mencari padah. Rupa-rupanya keghairahan itu sentiasa diberikan nama baharu demi mewajarkan kegianan yang terkinja-kinja dan nama manjanya yang terakhir ialah “kerajaan perpaduan“.

Tak patut kalau nak kata “I rest my case”.

Hari ini, Sheih menulis beberapa perkara yang sangat memeranjatkan. Dia tentu memperkirakan akibatnya.

http://penarikbeca.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower