.
`
refresh 4 new artikal
.

08 June 2009

Nasharuddin Mat Isa "trojan horse" dipasang UMNO dalam PAS kah?..........

I have been trying to refrain from commenting on PAS all this while. I'm not a member either but proud to say I have been supporting PAS along with its Pakatan partners. But,the recent happenings during the muktamar has risen more questions than answers. Let me put it this way............

Ketika Hj.Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa beria-ia sangat nak besemuka dengan perasuah-perasuah UMNO untuk bincang pasai kerajaan perpaduan, Tuan guru Nik Aziz Nik Mat menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, khususnya yang menjurus kepada penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

“Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,” kata beliau.

Nik Aziz turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama Umno yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

"Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh," katanya.

"Orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan," kata beliau. “Umno is evil" says Nik Aziz. The Umno-led federal government talks of 1 Malaysia but they instructed their officers not to co-operate with those who work with the PAS Kelantan government. This is Umno.

UMNO mempunyai majoriti yang cukup untuk bentuk sebuah gomen dan tidak perlu bantuan parti lawan bagi menguatkan kedudukannya. Apa yang gomen UMNO/BN sangat perlukan sekarang adalah mendapatkan balik kuasa 2/3 dalam parlimen. Dengan adanya kuasa 2/3 ini gomen UMNO/BN boleh bermaharajalela semula untuk pinda perlembagaan ikut suka depa.

Langkah pertama gomen UMNO/BN akan buat jika dapat kembali kuasa ini ialah melakukan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya sama ada Parlimen atau pun Negeri, khususnya di Perak bagi mencairkan pengaruh pembangkang untuk pemilu yang akan datang.

Harap PAS taklah sebodoh itu untuk meneruskan dengan cadangan kerajaan perpaduan ini, kerana UMNO sememangnya sangat-sangat berminat berbuat demikian demi menggelak parti itu pupus buat selama-lamanya.Tanda-tanda kepupusan pengaruh UMNO dapat disaksikan daripada 5 PRK yang diadakan baru-baru ini di mana UMNO/BN tewas kesemuanya.

PAS sebaliknya patut memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menarik parti-parti dalam komponen BN itu untuk menyertai Pakatan Rakyat. PAS tidak sedarkah apa yang berlaku dulu bila BN/UMNO setelah mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya 1969, mengajak PAS menyertai gomen sebagai komponen BN. Apabila kedudukan UMNO/BN pulih, bukan saja mereka nak berterima kasih tetapi terus menendang PAS keluar daripada gagasan BN tersebut.

Kalau Hj. Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa hendak sangat membentuk kerajaan perpaduan, mungkin PAS boleh lepaskan mereka berdua supaya sertai gomen Najib. Maklum sajalah mereka berdua teringin sangat nak jadi TPM atau Menteri kanan.

UMNO, sebenarnya tidak berminat dengan gomen perpaduan ini,kerana tanpa PAS mereka masih boleh berkuasa sampai pemilu ke-13. Apa yang UMNO mahu melalui gomen perpaduan ialah agar UMNO meraih semula sokongan rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Dan bila agenda ini tercapai sekali lagi UMNO akan ceraikan PAS talak tiga.

Betullah seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, bahawa,"Umno adalah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan."

Hj.Hadi dan Nasahruddin Mat Isa juga perlu ingat bahawa Nasharuddin hanya mendapat 480 undi sedangkan undi yang menentangnya adalah 542 undi. Secara ikhlas berapa ramai ahli PAS yang mahu PAS rujuk balik kepada BN/UMNO?

Walaupun sebahagian besar perwakilan PAS menolak usaha rundingan dengan UMNO, namun Nasharuddin Mat Isa tetap berpendirianbahawa kerajaan perpaduan adalah jalan terbaik...baca, sini dan sini. UMNO juga begitu galak sangat nak sokong pendirian Nasharuddin Mat Isa ini. Baca di sini dan sini.

UMNO secara terang-terang telah memberi liputan secara meluas dalam media-media tempatan,termasuk komen daripada pemimpin-pemimpin UMNO. Kita juga hairan kenapa media-media tempatan seperti TV1,2,3,7,8,9,Utusan Malaysia,Berita Harian,NST dan Star memberi ruang yang luas kepada Nasharuddin Mat Isa sempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam? Pelik tapi benar......

Dulu UMNO guna Nasharuddin Hashim ADUN Bota sebagai kuda trojan untuk perangkap PKR, yang akhir menjatuhkan gomen Pakatan Rakyat Perak. Kali ini harap-harap jangan pula Nasharuddin Mat Isa menjadi "trojan horse" dipasang oleh UMNO untuk memerangkap PAS?

Awak ingat UMNO boleh tidur sebantal dengan PAS? Satu mimpi pahala dan dosa sedangkan yang satu lagi mimpi wang,harta dan betina. Pikiaq-pikiaq mai.

Hopefully I am wrong............


Baca di sini, sini, sini, sini dan sini.

Saksikan bagaimana Nasharuddin masih enggan terima kenyataan Tuan Guru Nik Aziz......


video

“Ya allah engkau hancurkanlah mereka yang membuat fitnah kerana perbuatannya ini boleh memudaratkan ugama mu dan negara ini dan engkau selamatkanlah hambamu yang benar dari menjadi mangsa fitnah" - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

cheers.

1 comment:

  1. Lebih baik Hadi dan Nasaruddin keluar dari Pas dan jadi ahli Umno seumur hidup . Boleh dapat jawatan,business dealings - boleh mewah sekali.Jgn jadi dalang dalam Pas

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower