.
`
refresh 4 new artikal
.

20 June 2009

Naib Presiden Gerakan; digantung keahlian 3 tahun

HUAN CHENG GUAN...

Naib Presiden Huan Cheng Guan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya kekal dalam parti itu minggu lalu, telah digantung keahlian selama tiga tahun.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Huan mengesahkan beliau telah dijatuhkan hukuman itu malam tadi dan menerima faks dan emel makluman pagi ini.

"Saya rasa mereka (kepimpinan parti) ada agenda politik," kata Huan sambil mengakui perkembangan itu merupakan usaha yang sudah dijangkakan untuk "membunuh kerjaya politik" beliau.

"Saya tidak terperanjat... saya tidak terperanjat (dengan keputusan CWC)," katanya.

"Saya rasakan begitu (kerjaya politik dibunuh)... saya bukan ahli biasa, saya merupakan Naib Presiden yang dipilih," katanya.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memutuskan tindakan itu malam tadi.

Dalam pesanan SMS kepada media pagi tadi, Huan berkata, "kepada rakan-rakan media, pagi ini saya menerima emel daripada Setiausaha Agung (Gerakan) memaklumkan mesyuarat CWC malam tadi telah memutuskan agar keahlian saya digantung tiga tahun.

"Bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan sebelum ini."

Huan berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Setiausaha Agung Gerakan melalui emel pagi ini.

Pada 14 Jun lalu, Huan mengumumkan kekal dalam parti selepas menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu bulan lepas.

Huan yang juga Naib Ketua Gerakan Bahagian Batu Kawan berkata, keputusan untuk kekal dalam parti itu dibuat atas permintaan akar umbi.

Pada 1 Jun lepas pula Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata, parti itu memberi surat tunjuk sebab kepada Huan berikutan kenyataan beliau yang mengkritik kepimpinan parti itu.

Hujung bulan lalu, Huan melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan tertinggi Gerakan dan berkata, beliau akan meninggalkan parti itu.

Antara sebab utama Huan mengambil keputusan untuk keluar Gerakan adalah kerana tidak sehaluan dan sependapat dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan dan menyedari parti itu telah hilang hubungan dan sentuhan dengan peringkat akar umbi.

MERAYU

Ketika ditanya sama ada akan mengemukakan rayuan, Huan memberitahu, surat keputusan CWC yang diterima menyatakan bahawa beliau boleh mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari.

"Saya nak relaks dulu dua, tiga hari... nanti saya akan membuat keputusan," katanya.

Sehubungan itu, Huan meminta ahli-ahlinya agar bertenang dan tidak mengambil apa-apa tindakan terburu-buru.

"Saya memang nak aktif dalam BN, tapi nampaknya mereka hendak paksa saya keluar BN.

"Saya memang 100 peratus menyokong BN. Kesemua 99 peratus tindakan saya adalah kerana kebaikan BN, mungkin satu peratus ada kesilapan kerana suara lantang.

"Mungkin satu peratus itu, saya cakap lantang... itu mungkin mereka tidak suka, tidak suka saya lantang bersuara, mereka tak suka saya,"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower