Mustafa Ali Masih Bela MSO – Si Pemfitnah Pimpinan PAS?
Mustafa Ali Masih Bela MSO – Si Pemfitnah Pimpinan PAS?
Peristiwa memfitnah Husam oleh Norzula Mat Diah sepatutnya memaksa Mustafa Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, untuk memecat Mohd Suyuti Omar dari memegang jawatan Editor di Siasah.
Mana boleh Mustafa Ali membiarkan seorang pemfitnah seperti Suyuti terus duduk makan gaji dengan PAS dan terus memfitnah pimpinan PAS seperti yang berlaku sepanjang dua-tiga tahu kebelakangan ini?
Nampak bodoh sangat PAS ni apabila PAS terus memberi gaji kepada seseorang yang kemudiannya seseorang itu berterusan memfitnah serta memburukkan kerajaan PAS, MB PAS, Mursyidul AM PAS dan kepimpinan2 PAS.
Soalnya sekarang, apa muslihat Mustafa Ali untuk terus mengekalkan si pemfitnah seperti Mohd Sayuti Omar ini? MSO ini bukan ahli PAS pun dan tidak berguna untuk PAS walau sedikit?
Adakah kerana Mustafa Ali mahu bantuan MSO untuk menjatuhkan geng yang tidak setuju PAS dibawa pada UMNO? Tidak hairan apabila kedua-dua Mustafa Ali dan MSO adalah penyokong kuat usaha membawa PAS kepada UMNO dan BN.
Kalau Mustafa Ali membayar gaji MSO ini dengan duitnya sendiri, saya tak marah. Tapi skrg ini MSO dibayar gaji dengan wang milik ahli PAS dan beliau melakukan kerja yang menguntungkan UMNO dan BN.
Itu kita tak soal lagi hubungan Sayuti dengan orang2 UMNO yang lain untuk mencari rezeki.
Saya dah lama dengar cerita bahwa MSO ini adalah kuda tunggangan Mustafa Ali. Nah, sekarang ini sudah terbukti. Kalau MSO bukan kuda tunggangan Mustafa Ali, dah lama MSO kena tendang keluar dari Siasah. Namun, sehingga hari ini, MSO masih lagi menjadi Editor Siasah.
http://www.malaysiawaves.com
No comments:
Post a Comment