.
`
refresh 4 new artikal
.

09 June 2009

MAKA, SI KELEMBAI PUN BERBUNYI....

Oleh: WFAUZDIN NS

TENTU tidak asing lagi buat pengunjung-pengunjung blog tentang blog Sang Kelembai bukan? Saya lebih senang menyebutnya Si Kelembai kerana lebih sopan pada saya. Si Kelembai ni nama sebenarnya Zahrain yang baru kembali `mengucap' akad untuk bersama Umno bersama dengan Tun Mahathir. Seperti Tun juga, Si Kelembai ini bukan main lagi menghentam Umno sebelum ini tetapi biasalah, bila sudah diterima masuk kembali dalam parti yang pernah `diludah'nya, Si Kelembai pun melihat Umno seperti melihat `syurga', semuanya indah belaka.

Di dalam blognya bau-baru ini, Si Kelembai amat marah dengan kumpulan majoriti di dalam Pas yang menentang bentuk kerjasama atau Kerajaan Perpaduan yang telah dicadangkan oleh Presiden Pas di dalam muktamar baru-baru ini. Beliau menyatakan sekiranya Kerajaan Perpaduan ini terlaksana, maka yang lebih rugi adalah Umno, katanya. Ini bermaksud Pas yang untung besar. Lucu bukan? Tidak hairan kita sesiapa yang kembali menyembah Umno setelah diterajang keluar pasti akan dilanda penyakit `kurang cerdik' dari sebelumnya. Lihat sahajalah kepada Raja Sesumpah Ezam, Lokman dan beberapa orang lagi tu. Jika dahulu mereka dilihat cerdik dan pintar di dalam hujah dan pendapat mereka, tetapi apabila `tersisip' sahaja `keris telanjang' Umno di pinggang, maka hilanglah kewarasan. Maka, mereka akan mencari `kipas lipas' pula untuk terus mengipas orang-orang atas Umno sekarang.

Si Kelembai pun begitu juga. Tidak masuk akal apabila beliau menyatakan Umno yang rugi jika Pas bekerjasama dengan Umno menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Ini kerana katanya Umno akan kehilangan beberapa negeri seperti Kedah (bukan sekarang Umno dah hilang Kedah ke?) dan terus akan kehilangan negeri Kelantan (tanpa Kerajaan Perpaduan, Kelantan boleh ditawan Umno ke?). Oleh sebab itu, Si Kelembai hairan mengapa ada kumpulan dalam Pas (majoriti sebenarnya) yang tidak mahu kepada Kerajaan Perpaduan ini. Maksudnya, Umno sanggup rugi kerana Kerajaan Perpaduan ini. Lucu kan? Oleh kerana Umno sanggup rugi dan kehilangan kuasa kononnya, maka Umno setuju benar dengan cadangan Pas untuk bekerjasama dengan parti tersebut. Lagi lucu bukan? Si Kelembai pun berkata, Umno itu adalah Melayu, dan memperjuangkan Melayu sama juga dengan memperjuangkan Islam. Wah, ini tidak lucu tapi baghal serta jahil. Contoh diberi oleh Si Kelembai, di Palestine mereka gagal kerana menentang Israel kerana tiadanya semangat kebangsaan di Palestine. Lagi teruk pandangan ini. Maksudnya, sesiapa yang berjuang atas dasar kebangsaan pasti kuat. Kalau begini keadaannya, maka jika Kerajaan Perpaduan ini wujud nanti Pas terpaksa berjuang atas dasar kebangsaan. Tidak mungkin berlaku. Apa yang berlaku di Palastine adalah kerana perjuangan kumpulan Fatah sewaktu pimpinan Yasser Arafat adalah perjuangan Nasionalis, maka sebab itu Fatah tidak pernah berjaya. Manakala kumpulan Hamas adalah perjuangan atas dasar Islam bukan bangsa Palestine. Sebab itulah Hamas amat ditakuti oleh musuh-musuh Islam.

Pas juga berjuang atas dasar Islam bukan Nasionalis, sebab itu Pas semakin ditakuti dan disegani. Umno berjuang atas dasar kebangsaan sehingga melihat kepada namanya pun sudah tahu. Hanya sekarang, Pas cuba dikaitkan atau digabungkan dengan perjuangan Umno, maka imej Pas mula kelihatan tercalar. Di sana sini orang menyebut tentang Pas termasuk yang Non Muslim. Mereka mula sangsi dengan arah tuju Pas sekarang. Memang benar, Umno dan PKR kedua-duanya bukan parti yang mempunyai dasar seperti Pas. Tetapi mengapa Pas perlu bersama PKR daripada bersama Umno? Ini adalah kerana PKR lebih komited, jujur serta bersikap terbuka dengan perjuangan Pas. PKR banyak memainkan peranan mendamaikan kehangatan di antara DAP dan Pas. Malah, PKR dan DAP bukan sahaja bercakap tetapi telah membuktikan di bawah kerajaan yang mereka kuasai dengan dasar yang lebih telus dan bersih. Umno pula bagaimana? Jangan cerita tentang pentadbiran kerajaan negeri di bawah Umno, kita tengok ketua yang memimpin kerajaan tersebut pun kita sudah tahu. Melaka, sebagai contoh Ketua Menterinya Ali Rustam. Ali Rustam pernah disabitkan atas kesalahan rasuah oleh Lembaga Displin Umno baru-baru ini. Bagaimana hendak menilai Umno menentang rasuah jika begini keadaannya?

Sekali lagi kita mohon agar Pas lupakan sahaja Umno. Selamatkan ahli-ahli Umno dan bawa mereka bersama kita lebih penting dari selamatkan Umno. Umno tidak lagi releven bukan sahaja kepada orang-orang Melayu, malahan tidak releven lagi untuk mana-mana kaum sekali pun. Pilihan rakyat kini adalah PR dan Pas tidak akan rugi jika terus bersama PR. Biarkan Si Kelembai dengan kelembai-kelembainya...biarkan..biarkan..!!

1 comment:

  1. Teruskan mimpi ngeri anda untuk PR berkuasa.Kerana tanah di Malaysia semua akan diberikan kepada DAP secara percuma beribu hektar dan kuasa raja akan dicabar.Jika mimpi anda menjadi kenyataan, kita akan menjadi negara yang kucar-kacir.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower