.
`
refresh 4 new artikal
.

10 June 2009

Kerajaan Perpaduan...Projek Kumpulan Ular Dalam Semak

Oleh: Iqbal

"Muktamar dah selesai. Pemilihan pemimpin juga dah selesai. Malangnya muktamar kali ini meninggalkan isu yang amat merbahaya kepada Pakatan Rakyat.

Sepatutnya isu ini tidak timbul. Tetapi kerana nak berteori dan berkonsep yang tidak kena pada suasana dan keadaan maka timbul kekeliruan yang tidak sepatutnya. Akibatnya isu ini dimainkan semahu-mahunya oleh umno melalui ejen mereka iaitu akhbar-akhbar harian. Dalam permainan badminton ini yang dinamakan menghantar bola tanggung ( half court ). Apa lagi sedaplah pihak lawan membuat smash kencang. Jadi janganlah pihak PAS nak salahkan pihak akhbar kerana (kononnya) memutarbelitkan fakta. Salahkan mulut yang suka cakap merapu-rapu.

Lihat muka surat depan akhbar-akhbar harian hari ini (10/6/09). Semuanya membicarakan kerajaan perpaduan hasil idea Presiden PAS.Dah jadi kelam kabut mulalah bersilat sana sini untuk menegak benang basah. Suruh orang jangan komen, orang sini jangan cakap. Minta penyokong tutup mulut. Kenapa gelabah ? Siapa puncanya ?

Saya menilai sesetengah pemimpin PAS jenis lupa diri dan syok sendiri.
Komen mereka adakala kelihatan sombong dan angkuh. Contohnya dalam menilai pencapaian PRU 12 sesetengahnya merasa apa yang PAS nikmati dan perolehi khususnya daripada pengundi2 cina khususnya adalah usaha mereka berdakwa sekian lama.

Sebenarnya kita tahu bahwa sokongan ini diraih kerana peranan Anwar yang berjaya mempengaruhi DAP untuk menerima PAS. Dengan sokongan DAP dan PKR maka orang cina memberi undi kepada PAS. Itu realitinya. Tapi komen sebahagian pemimpin PAS lain pulak. Memang ianya dengan pertolongan ALLAH tetapi usaha kita yang memudahkan pertolongan ALLAH. ALLAH beri akal. Kerana tak gunakan akallah maka hingga hari (sejak 1968)Baitulmuqadis masih gagal dirampas. Nak kata berdoa, rasanya dah berpuluh tahun berdoa. Tapi masih tidak membuahkan hasil. Sebabnya lebih banyak berdoa daripada berusaha menggunakan akal yang ALLAH beri.

Apakah PAS akan mengkhianati Pakatan Rakyat ? Ada potensi kearah itu .
Jangan pemimpin dari kumpulan ULAR DALAM SEMAK nak berdolak dalik. Bermula dengan rundingan dalam gelap untuk membawa PAS ke dalam BN berjaya dipatahkan , kumpulan ini menggerakkan gagasan baru iaitu KERAJAN PERPADUAN.

Kalau Najib dikatakan dipengaruhi oleh Mahathir dalam membuat keputusan , apa kurangnya dengan Presiden PAS. Bagi saya gagasan Kerajaan Perpaduan ini bukannya idea Presiden secara solo. Ianya adalah gagasan kumpulan ular dalam semak. Haji Hadi sekadar melontarkan gagasan ini. Lihat kenyataan Musatafa Ali. Berbau muslihat. Dan yang peliknya dalam suasana panas isu ini , mengapa Musatafa Ali yang banyak bercakap ? Kenapa dia yang banyak memberi arahan ? Siapa ketua penerangan PAS sebenarnya ? Apakah ketua penerangan tak mahu masuk campur dalam kekalutan yang ditimbulkan oleh kelompok tertentu ( kumpulan ular dalam semak ) ini ? Apakah dia terasa akan dipersalahkan maka dia cuba membetulkan keadaan ?

Kenapa Presiden PAS tidak konsisten dengan pendirian dan kenyatannya ? Sebelum mukatamar Harakah telah menyiarkan kenyataan Hj. Hadi yang mahu isu Kerajaan Perpaduan dilupakan dan jangan diungkit lagi. Malangnya dalam mukatamar beliau sendiri yang menghidupkan kembali gagasan Kerajaan Perpaduan ini. Kenapa ?

Saya kini mula sangsi dengan sebahagian pempin2 PAS. Biarpun serban mereka setinggi busut sekali kepercayaan tercalar, payah untuk mempercayai mereka untuk kali kedua.

Rakyat dah seronok melihat potensi sebuah kerajaan baru (Kerajan Pakatan ) terbentuk menggantikan BN tiba-tiba PAS menjadikan perpaduan PR bergolak. Dan sebahagian daripada pemimpin PAS nak mereka dah macam pemimpin umno juga iaitu membangkit ketuannan melayu. Dah mereka macam pemimpin umno juga tanpa segan silu menafikan perbuatan yang mereka lakukan. KALAU ITU CARANYA , TAK SALAH KALAU DIKATAKAN ORANG PAS MEMPERALATKAN ISLAM UNTUK MERAIH SOKONGAN.

Saya sanjung dan hormati Tuan Guru Nik Aziz yang berpandangan jauh. Tapi PAS akan menjadi rosak kalau kumpulan ULAR DALAM SEMAK ini dibiarkan bergerak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower