.
`
refresh 4 new artikal
.

18 June 2009

Kerajaan Perpaduan: Sesetengah pemimpin PAS segila UMNO!



Penulis yang saya suka, Azizi Abdullah menulis dalam blognya:

“Kita kesal kerana soal yang diucapkan oleh Mustafa Ali soal dasar, soal yang bukan boleh diucap di depan dua pemberita tetapi ia mesti melibatkan keputusan jemaah atau jawatan kuasa pusat.


“Jangan salahkan ahli-ahli jika ada tuduhan kegilaan ini adalah kegilaan mahu jadi menteri tidak penuh atau menteri penuh. Apakah Pas beranggapan atau penuh yakin (bagi yang mahukan Kerajaan Perpaduan) jika berlaku Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Hj Hadi akan jadi Timbalan Perdana Menteri? Mustafa Ali mungkin jadi Menteri Dalam Negeri atau lain-lain jadi menteri sepenuh masa?


“Sangat malu dan memalukan jika Pas yang didakwa parti yang mendukung Islam, yang kepala masamnya terdiri dari ‘ulama’ tiba-tiba antara Mursyid dengan Presiden tak sekata, Setiausaha dengan AJK tak sebulu. Nak melawan dikatakan tidak walak. Berdosa dijadikan alasan ‘tidak boleh melawan’.”


Baca lagi komentar Azizi Abdullah di sini.

Sahabat saya Abang Long menulis komentar, “Saya juga turut berdoa agar isu ini selesai dengan segera. Dan salah satunya ialah dengan berdoa supaya PAS kalah dalam pilihanraya di Manek Urai. Supaya kurang sedikit EGO Pemimpin PAS.

“Telah jelas kelihatan sekarang ini, sikap dan perangai ADUN PAS hampir sama dengan ADUN BN - UMNO.”

Ini juga yang ingin saya perkatakan. Sebelum dan sepanjang Muktamar Tahunan PAS 55 di Shah Alam, pelbagai isu dan spikulasi timbul. Saya dapat simpulkan bahawa ada segolongan para ahli, penyokong dan perwakilan yang hadir sudah masuk perangkap UMNO/BN yang sengaja mencipta isu.

Maka bersorak-sorailah juak-juak UMNO/BN justeru kerana berjaya menghiruk-pikukkan muktamar tahun ini. Sebelum muktamar berlangsung, akhbar-akhbar ‘jahanam’ mereka terus menerus mencipta istilah, aliran, golongan, kumpulan, itu ini, si fulan itu dan si fulan ini.

Mengapa terjadi sebegini? Mengapa UMNO/BN dan tangan-tangan ‘jahanam’ mereka begitu sibuk dengan PAS dan kepimpinannya? Tidak lain tidak bukan ianya kerana PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sudah menunjukkan bahawa gabungan ini boleh memimpin negara. UMNO/BN tahu bahawa jika mereka tidak ‘menjalankan perang saraf’ serta mencucuk jarum ‘jahanam’ mereka, BN akan hancur pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Munculnya pelbagai istilah (saya tidak gemar untuk menyebutnya) merupakan gerakan halus dan jahat akhbar-akhbar jahanam UMNO/BN. Kumpulan itu, kumpulan ini. Penyokong si fulan, anti itu dan anti ini. Semuanya sekadar istilah dan momokan UMNO/BN. Mengapa pemimpin, ahli dan penyokong PAS termakan racun pemikiran yang ditaburkan?

~http://buanadunia.blogspot.com/~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower