.
`
refresh 4 new artikal
.

12 June 2009

Kerajaan perpaduan - Hadi letak syarat;Tok Guru pula menyifat mereka 'boneka UMNO'.........

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang membangkitkan semula idea kerajaan perpaduan dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan Pas ke-55, minggu lalu, kini mengenakan syarat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika mahu meneruskan perbincangan dengan parti itu.

Antara syarat itu ialah kerajaan BN perlu bersedia melaksanakan pemulihan terhadap demokrasi negara, sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kebebasan media.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada Pas akan bersetuju meneruskan perbincangan, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan, jika kerajaan BN mematuhi syarat ditetapkan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

sumber:Bernama.

Baca di sini dan sini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower