.
`
refresh 4 new artikal
.

16 June 2009

Kerajaan Perpaduan Bukti Najib Kian Terdesak

KUALA LUMPUR [8.30 pm] - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana cuba mengumpan PAS menyertai Barisan Nasional dalam usaha terdesak untuk mengekalkan kuasa politik. Ketua Umum PKR itu berkata pelawaan Perdana Menteri untuk PAS bersama dengan BN sebagai sebuah kerajaan perpaduan mencerminkan betapa Najib terdesak untuk menarik sokongan yang semakin pudar. “Jelas sekali Najib memerlukan sokongan, kerana kekuatan sokongan beliau sendiri semakin terhakis,” kata Anwar.

Najib hari ini mengumumkan UMNO bersedia dan membuka pintu menimbang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam cubaan untuk memenangi sokongan PAS, Najib berkata beliau percaya idea PAS itu adalah ikhlas namun “kita perlu risik-risik terlebih dahulu.” Seperti kalau kita mahu kahwin, kita perlu siasat dulu. Jadi atau tidak (kerajaan perpaduan), takdir menentukan,” kata Najib. Najib bagaimanapun tidak mengulas syarat yang ditetapkan oleh Hadi: bahawa sebarang perbincangan dengan UMNO hanya boleh diadakan jika BN sanggup mengembalikan kewibawaan sistem piliharaya, badan kehakiman dan menjamin kebebasan media. Hadi juga akur bahawa cadangannya untuk diadakan muqabala dengan UMNO hanya ideanya sendiri dan tidak di bawa sebagai agenda perbincangan rasmi di peringkat parti mahupun Pakatan Rakyat. Anwar berkata kenyataan Najib itu tidak sedikit pun mengubah realiti: bahawa Presiden PAS adalah komited kepada Pakatan Rakyat dan soal kerajaan perpaduan dengan UMNO tidak timbul sama sekali. “Saya telah dimaklumkan sendiri oleh Presiden Pas, dan beliau akan menjelaskan dalam mesyuarat Pakatan pada Isnin depan bahawa beliau komited kepada Pakatan,” kata Anwar. Anwar turut menegur Najib kerana alpa terhadap ketetapan yang dibuat oleh Hadi bahawa sebarang pertemuan antara UMNO-PAS akan hanya berlaku sekiranya UMNO komited kepada reformasi demokrasi. “PAS akan hanya berbincang bersama pemimpin UMNO hanya jika UMNO komited untuk memperbaiki sistem negara termasuk pilihanraya adil dan bebas serta pemulihan badan kehakiman,” tegas Anwar.
~
pahangdaily~

1 comment:

  1. pas lebih terdesak untuk berkauas walaupun sanggup menjadi barua dap kafir harbi laknatullah. pas for all. goodbye negara Islam, goodbye hukum hudud.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower