.
`
refresh 4 new artikal
.

15 June 2009

Kenyataan Mengarut Pengerusi SPR

Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berharap situasi aman sepanjang proses pilihan raya kecil (PRK) DUN Penanti baru-baru ini akan turut diulangi pada PRK DUN Manek Urai adalah satu kenyataan yang mengarut. Adalah diramalkan bahawa suasana sudah tentu berbeza di Penanti PKR/PR bertanding menentang calun tidak berparti manakala di Manek Urai seperti yang semua maklum PAS/PR akan ditentang oleh Umno/BN.

Jika beliau mahu keadaan yang aman seperti di Penanti, beliau boleh mencadangkan kepada Umno/BN supaya jangan bertanding di Manek Urai seperti mana mereka tidak bertanding di Penanti, demikian kata Ketua Pemuda PAS Kota Raja Sdr Zainal Said ketika ditemui di Pejabat beliau petang tadi.

"Dengan Umno/BN akan menggunakan seluruh jentera kerajaan dan media arus perdana yang akan menyerang PAS dari setiap sudut pada pilihanraya itu nanti sudah tentu ianya akan menyemarakkan kemarahan penyokong PAS/PR nanti, melainkan jika Umno/BN secara gentelman tidak langsung menggunakan jentera kerajaan dalam PRK itu nanti", tambah beliau.
PRK DUN Manek Urai akan diadakan ekoran kematian penyandangnya Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 6 Julai depan dan tarikh pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan.

Sebanyak sembilan buah sekolah akan dijadikan pusat mengundi melibatkan 27 saluran. Proses penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Pada sidang media tersebut Abdul Aziz turut menjelaskan berkenaan penguatkuasaan subseksyen 26 (1) akta pilihan raya 2004 bersabit perkara dilarang semasa hari mengundi termasuk berkempen dan meraih undi.

Menurutnya juga memandangkan PRK DUN Manek Urai mempertemukan dua parti yang kuat beliau menganggapkan PRK tersebut sebagai sebuah pertarungan sengit, maka seramai 400 anggota SPR akan ditugaskan sepanjang tempoh pilihan raya itu berlangsung.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower