.
`
refresh 4 new artikal
.

12 June 2009

KARPAL JANGAN EMOSI SANGAT, KAMI PUN TENTANG KERAJAAN PERPADUAN

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA isu Kerajaan Perpaduan ini ditimbulkan oleh Pas, maka bagai nak kiamat dunia ini membincangkan isu tersebut. Bukan masalah perpaduan itu yang tidak diinginkan oleh rakyat. Siapa yang tidak mahu perpaduan atau bersatu? Jika ditanya pencuri atau perompak pun mereka pun mahu berpadu sesama mereka. Tetapi, perpaduan di dalam kaedah politik tentunya memerlukan kebijaksanaan dan perhitungan tertentu. Apatah lagi bukan baru Pas mengenali Umno, begitu juga sebaliknya.

Terima atau tidak, yang jelas isu ini sudah mahu dilupakan oleh Pas kerana tidak banyak menguntungkan Pas malahan merugikan parti tersebut. Bukan kerana rugi bersatu padu, tetapi rugi apabila perpaduan itu diterjemahkan dalam bentuk kerjasama politik. Bagi orang Islam, mana mungkin daging ayam boleh dimasak satu kuali dengan daging biawak untuk dimakan bersama-sama. Meskipun ramai dikalangan kita yang tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan ini, tetapi kita lihat di kampung-kampung dan di mana-mana jua tidak terdapatnya perpecahan di kalangan masyarakat. Di dalam mana-mana majlis kenduri kahwin umpamanya, keadaan seperti biasa tanpa mengira fahaman politik. Itu budaya kampong yang tahu membezakan mana satu politik dan mana satu semangat kejiranan serta adab sopan. Maka jelaslah, tiada apa faedah pun Pas untuk menggunakan label perpaduan ini sebagai modal politik. Memadailah kita perkuatkan apa yang ada untuk perjuangan yang masih jauh lagi.

Saya ingin mengulas sedikit tentang komen yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP YB Karpal Singh berkaitan Kerajaan Perpaduan ini. Saya lihat komen beliau agak tajam dan tidak sesuai dikeluarkan terhadap Pas. Saya pun tidak bersetuju banyak perkara tentang isu Kerajaan Perpaduan ini, tetapi kita boleh mengutarakan beberapa kritikan atau pandangan yang diakhiri dengan harapan agar kita kembali bersatu. Tetapi saya melihat kenyataan Karpal agak melampaui serta dipenuhi emosi. Saya faham mengapa beliau bersikap demikian, tetapi cara beliau memberi komen itu agak kurang enak untuk didengar apatah lagi untuk diikuti. Saya khuatir apa yang beliau perkatakan akan menjadi provokasi yang boleh menghangatkan keadaan yang ada.

Sehubungan itu, saya menyeru agar YB Karpal lebih dewasa di dalam mengutarakan pendapatnya. Beliau tidak boleh sama taraf dengan kami yang tidak berpendidikan tinggi serta tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik sama sekali. Selaku tokoh politik senior di dalam negara, sewajarnya beliau patut memahami bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sedemikian. Saya amat mengkagumi pendekatan yang dilakukan oleh DS Anwar yang sedaya upaya mengelak dari memberi ulasan atau komen yang boleh menghiris hati rakan-rakan seperjuangan. Kekentalan dan semangat yang berlebihan yang ada pada YB Karpal perlu digunakan apabila berhadapan dengan musuh sebenar kita. /WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower