.
`
refresh 4 new artikal
.

02 June 2009

Jangan terperangkap dengan Agenda UTUSAN – Mahfuz

Pihak luar cuba mengkelompokkan PAS dengan agenda untuk memecahbelahkan PAS itu sendiri. Mereka tidak senang dengan latar belakang yang pelbagai ada dalam PAS kerana dilihat PAS mendapat sambutan dari pelbagai pihak, Kata Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar



Sebab itu cuba dikelompokkan seolah-olah dua kelompok ekslusif yang memiliki PAS, seolah PAS ini dikuasai oleh kelompok iaitu Ulamak dan Profesional. Ini yang cuba dilaga-lagakan. Perwakilan tidak melihat soal kelompok. Perwakilan melihat siapa yang berkemampuan untuk diberikan amanah memikul tugas yang besar kepada parti.

“Saya mengingatkan rakan-rakan dalam parti daripada Pimpinan dan ahli-ahli supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak diagendakan oleh Utusan Malaysia,” kata Mahfuz dalam sidang medianya hari ini.

“Saya melihat bahawa Utusan Malaysia menjadi lidah rasmi Umno/Bn cuba meng’Agenda’kan kepada kelompok-kelompok dalam terowong yang dikehendakinya,” kata yang turut menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden.

Mengenai Pemilihan dalam PAS terutamanya jawatan bagi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar melihat kelima-lima calon yang menawarkan diri mempunyai peluang untuk dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar Jun akan datang.

Mahfuz berharap perwakilan melihat kepada track rekod ‘kad laporan’ calon-calon yang bertanding.

Calon-calon lain yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Mohd Amar dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower