.
`
refresh 4 new artikal
.

12 June 2009

Idea UG-Hadi : Apek tua susah hati, Hadi susah hati kaa ?

Wak pun tak setuju dengan idea Hadi ni (UG). Tapi tak ler sampai wak maki Hadi. Lagipun wak dah cakap wak tak mau sentuh lagi isu tu. Wak tahu isu ni telah dimainkan sepuas-puasnya oleh Umno. Kesian PAS. Kerana Hadi, TGNA terpaksa bercakap lagi. Sebenarnya hati wak pedih, bila ramai bloggers belasah PAS. BloggersNetwork pun sama belasah PAS. Wak jadi lemah sekejap. Gila kau..depa dok belasah ulamak main hentam kromo, pukui rata SEMUA sama saja. Wak juga tentu terasa, walaupun wak bukan seorang ulamak. wak dulu rockers...seluar senten' baju lipat. Walaupun wak tak tanam cili macam radenjowo, tapi wak tetap rasa pedasnya.

Hari ni Utusan main lagi isu ini. Memang Umno nak tengok sungguh PAS pecah belah. Baru lengkap agenda 'pecah dan perintah'. Malah cakap2 di kedai gunting india juga nadanya sama, wak curi dengar apa yg mereka bualkan 2 hari lalu. Antara seorang cina dan tukang gunting india. Apa depa kata ? PAS dah pecah 2, satu team UG yg pro Hadi. Dan satu lagi team erdogan. PAS makin bermasalah. Itu pandangan non-muslim sekarang melihat suasana yg berlaku. Apek cina pulak yg susah hati. Wak tak tahulah pulak, Hadi susah hati ka tidak ! Apek tu susah hati ada sebabnya, dia ahli kelab penyokong PAS di tempat wak. Wak tahu bila dia bagitau kat india tu. Oleh kerana wak datang untuk gunting rambut, wak simpan kopiah wak dalam kereta. Jadi mereka berdua tak tahu siapa wak. Mudah untuk wak letak telinga dengar butiran cerita depa.

Seorang sahabat wak juga tetap tak setuju dgn idea UG ini. Tetapi bila dirujuk kepada hujah yang dibentangkan oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menjelaskan kepada kita bahawa lontaran idea Hadi adalah bersifat universal, itu adalah lontaran idea, berbeza apabila Dato' Seri Nizar yang mempelawa Adun UMNO Perak menyertai PAS & PR..lupakah kita ? Ya..belum lupa lagi..memang berbeza, Hadi lontar idea, Nizar seru mereka.

Konsep kerajaan perpaduan(UG) kata sahabat wak, adalah bersifat umum dan hanya menyatakan sifat sebuah kerajaan yang yang baik dari segi urus tadbirnya dan menyatukan semua rakyat di bawah satu bumbung dan antara kerangkanya hendaklah kerajaan itu mendaulatkan islam, persoalannya mahukah Umno menerima konsep ini ? Tidak pula disebut bahawa kerajaan perpaduan(UG) ini difokuskan kepada Umno semata-mata..bahkan tuntutan ta'awan dari allah seperti mana ayat al-Quran menuntut kita berlapang dada atas dasar kebaikan dan menegakkan kebenaran, tapi mahukah Umno kepada semua ini ? Itulah cabaran kita kepada sesiapapun manusia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Malah lontaran idea yang cadangkan oleh Hadi katanya, adalah bertepatan dengan PERLEMBAGAAN PAS FASAL 6(4)&(6) TERTAKLUK KEPADA FASAL 5(1) JUGA FASAL 7(1).(sila rujuk perlembagaan PAS pindaan 2001).

Maka apakah kita sudah lupa peringatan ALLAH kepada kita dalam surah al-Anfal ayat 60-63 yang mafhumnya;

60)" dan siapkanlah persediaan untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)kamu menggetarkan musuh allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang allah mengetahuinya.apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya "

61)" Dan jika mereka condong kepada kabaikan maka condonglah kepadanya dan bertawakkal lah kepada allah, sesungguhnya dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui "

62)" dan sekiranya mereka hendak menipu engkau, cukuplah allah sebagai pelindung engkau, dia memperkuatkan engkau dengan pertolongannya dan dengan pertolongan orang mukmin "

63)" Dia (ALLAH) menyatukan hati mereka (mukmin),kalau engkau belanjakan segala apa yang ada di bumi nescaya engkau tidak akan dapat menyatukan hati mereka, tetapi allah jualah yang dapat menyatukan mereka, sesungguhnya allah maha perkasa lagi maha bijaksana" (surah al-Anfal 61-63)


Benar UMNO adalah musuh kita yang nyata dari segi dasar dan amalan partinya, tetapi bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang mungkin sedarah sedaging dengan kita yang masih terperangkap dengan kejahilan mereka ? Dan apakah pula dalam kita gembira non-muslim sudah menyokong kita dalam masa yang sama kita lupa menyelamatkan akidah saudara sedara sedaging kita yang masih dalam umni yg mana dalam dadanya masih ada sedikit iman ?

Tidak mahukah kita mendekati mereka dan membawa mereka keluar dari kejahilan dan kekufuran agar mereka kembali menegakkan Islam ? Dari peringatan Allah dalam surah al-Anfal maka apakah kita kita hanya bertawakkal kepada sokongan manusia dan mula meninggalkan tawakkal kepada Allah ? Wak tak boleh nak jawab hujah sahabat wak itu. Wak kalah hujah. Hujahnya mantap. Kerana miang rambut wak yg baru dipotong, buat wak segera balik meninggalkan sahabat wak yg masih lagi banyak hujahnya untuk wak sumbat dalam kepala hotak wak. Wak terus berlapang dada. Namun sampai bila mahu berterusan berlapang dada ? !


KLIK LINK INI : pacaklangit2U.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower