.
`
refresh 4 new artikal
.

10 June 2009

husam! ada orang takut dengan kamu!


Oleh: notan

"Assalamualaikum,,.


Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Muktamar sudah berakhir.Pemilihan saf kepimpinan PAS Pusat juga sudah dibuat dan disahkan untuk tempoh dua tahun akan datang.Apa yang dapat disimpulkan, PAS dibanjiri oleh ramai pemimpin yang berkelayakan tetapi perwakilan hanya ada satu undi sahaja untuk memilih.Politik wang atau lain lain perkara negatif tidak berlaku sepanjang pemilihan yang berjalan.pemilihan juga dijalankan dalam suasana harmoni dan tenang.

TGHH menang tanpa bertanding dan Ust Nasa menang dengan majoriti yang selesa.Ini menggambarkan keinginan majoriti ahli PAS untuk meneruskan corak kepimpinan yang ada untuk tempoh dua tahun lagi.Perkara ini diakui dan diterima dengan dada lapang oleh mereka yang tewas termasuk Husam Musa yang mula mengorak langkah untuk memikul tugasan yang lebih mencabar.Kekalahan Husam mungkin menjadi permulaan perjalanan kepimpinan beliau menuju kehadapan dan keadaan ini mungkin menyebabkan ada pihak pihak tertentu semakin tidak selesa.Sebab itu, sungguhpun beliau tewas, masih ada suara suara yang cuba memperkecilkan kredibiliti beliau di sana sini.

Komitmen yang beliau berikan kepada parti sekalipun tanpa jawatan mungkin menakutkan beberapa individu atau kumpulan individu tertentu yang diperhatikan mungkin ada hubungan dengan UMNO atau oleh ahli UMNO sendiri.

Kerana itu, ulasan Husam ketika diinterview oleh akhbar Mstar online juga mendapat perhatian.Kata kata Husam bahawa barangkali janggutnya lebih pendek dari Ust Nasa nampaknya menakut beberapa pihak.Begitulah karisma yang ada pada Husam yang satu ketika dulu pernah menyebabkan menteri pusat dan UMNO malu besar dengan isu pembalakan di Kelantan dan pernah pula menjadi penggerak utama dalam kejayaan membawa pulang seorang gadis yang dilarikan ke Indonesia(menurut cerita yang aku dengan ada satu lagi kes gadis yang dilarikan berjaya diselesaikan oleh Husam).

Selepas ini, mungkin setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Husam akan menjadi perhatian golongan yang gerun padanya.Sama sama lah kita tunggu selepas ini.Tetapi kepada Husam, itulah harga yang dibayarnya kerana memilih untuk bersama PAS sebaik tamat pengajiannya di UM dulu.Harga yang perlu dibayar Husam kerana menolak untuk memegang jawatan di sektor kerajaan Pusat yang menjanjikan pulangan yang lumayan.Harga yang dibayar kerana memiliki kualiti kepimpinan yang baik.

Yang pastinya kalau Husam tidak mahu membayar harga ini, sudah tentu beliau tidak akan berada di tempatnya sekarang sebaliknya mungkin menjadi timbalan pengarah di politeknik seperti adiknya atau sebagai duta yang berkhidmat di luar negara untuk kerajaan BN."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower