.
`
refresh 4 new artikal
.

16 June 2009

DIALOG YB PAKATAN RAKYAT BERSAMA RAKYAT DI HOTEL ANIKA KLUANG


Pada 14 Jun 2009, Pakatan Rakyat Negeri Johor telah mengadakan Majlis Dialog antara Yang Berhormat Pakatan Rakyat Bersama Rakyat di Kluang.

Program yang diadakan ini adalah kali ke 3 bertujuan untuk mendapatkan maklumat dari masyarakat berkaitan isu-isu atau masalah dan juga untuk mendapatkan pandangan bagi menambahbaikkan masyarakat khususnya di Johor dan amnya di Malaysia.



YB Dr. Boo selaku Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor berkata program ini diadakan sempena Mesyuarat Sidang Dun Johor yang akan diadakan pada 18 Jun 2009. Mesyuarat ini diadakan selama 12 hari. Dengan adanya program seperti ini, beliau berharap akan dapat mengumpul maklumat daripada rakyat dan akan dibawa ke mesyuarat DUN. Majlis yang diadakan ini berjalan dengan lancar dan maklum balas daripada peserta yang hadir sangat baik.

Dalam dialog tersebut yang diadakan selama 2 jam setengah, pelbagai isu dan cadangan telah diberikan oleh para peserta yang hadir. Antara isu dan pandangan yang diberikan oleh para hadirin ialah berkaitan isu jenayah, isu kenaikan tarif air, isu penyelewegan tanah di Pekan Nenas, isu ISA, isu perampasan kuasa di Perak, isu kehakiman, Biasiswa Sultan Ibrahim yang pada ketika dahulu diberikan kepada pelajar Melayu tetapi kini terhenti, persiapan dan kerjasama Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya ke 13.


Mereka yang hadir dalam Dialog terdiri daripada YB Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim (ADUN MAHARANI), YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Bin Salleh (ADUN SG. ABONG), YB Dr. Boo Cheng Hau(ADUN SKUDAI), YB Er Teck Hwa (PARLIMEN BAKRI), Ong Kow Meng (ADUN Senai), Ng Nam Hua (ADUN Mengkibol), Ybhg. Dr. Hj. Mahfodz Muhammad (PESURUHJAYA PAS JOHOR) dan wakil PARTI KEADILAN.

sumber-Blog ADUN MAHARANI http://dun-maharani.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower