.
`
refresh 4 new artikal
.

05 June 2009

DIA TERKENTUT, CEPAT-CEPAT KATA ORANG LAIN KENTUT!!

Oleh Mohd Sayuti Omar

HAMPIR 1,000 perwakilan muktamar Pas ke 55 di Shah Alambenar-benar teGo to fullsize imageruji dan teruja kali ini. Barang kali inilah ujian paling getir untuk para perwakilan Pas sejak kewujudan Parti Islam se Malaysia itu kira-kira 57 tahun lalu.

Tetapi itu tidak membimbangkan kerana perwakilan Pas kini rata-rata mepunyai pandangan, pengamatan dan analsis sendiri. Mereka sudah pun diterbihkan oleh Pas sejak lama dulu. Pastinya ilmu dan pengalaman itu digunapakai dalam muktamar ini.

Perwakilan Pas mempunyai penebat yang tebal untuk menahan arus ‘eletrik’ hitam yang menggasak minda mereka.


Kenapa saya kata ujian paling getir kerana mereka dihadapkan dengan pelbagai isu dan bentuk kempen yang belum pernah terjadi sebelum ini. Inilah kesan langsung kepada Pas selepas parti itu tidak dapat menahan evolusi masa, menganjakkan diri ke laman globalisasi. Kita akan berdepan dengan dunia serba baru yang sebelum ini tidak terfikir oleh kita semua.

Untuk mendiami dunia ini kita kena berani, tegas dan mempunyai kekuatan dalaman. Spritual dan mental. Sekiranya kita mudah lemah dan putus asa kita akan kalah sebelum sempat mencabut keris dipinggang. Ini menyebabkan kegelapan akan merampas kecerahan seperti menerusi satu sihir mistik.

Gerun kita memikirkan bagaimana kempen merebut jawatan yang berlaku kali ini. Saya sangat percaya, pihak musuh Pas juga turut ikut sama mencampuri urusan pemilihan kali ini. Kebebasan media; blog, internt, telefon bimbit digunakan sepenuhnya. Bagaimana kita sendiri menyelit ke dalam baju musuh, demikian juga musuh terhadap kita. Ini adalah lumrah dan memerlukan sifat fatanah yang tinggi bagi mengatasinya.

Fitnah dan campur tangan menerusi media baru ini lebih gampang dan mudah. Lebih selamat. Kerana penggangu itu tidak sesekali menjelmakan muka mereka, mereka berselindung di sebalik kebebasan media dan dunia tanpa sempadan dan kecanggihan dunia media maya ini. Sebab itu fitnah gampang menerobos merobekkan baju peradaban kita yang dilontarkan tanpa tangan.

Bahan kempen berupa fitnah dilontar semudah meludah ke kiri ke kanan ke bumi sambil berjalan saja.

Fitnah dalam dunia sesawang tidak memerlukan bukti. Barang kali Tuhan memberi pengecualian kepada kita untuk berbuat demikian! Siapa yang bijak mengatur kata-kata, menempel di mana-mana orang berkuasa dan berpengaruh, fitnahnya akan segar dan mudah dipercayai. Lumrah manusia mereka menjadi gentar kepada kuasa dan keagungan raja, meskipun raja itu zalim dan kejam.

Bagaimana pun saya percaya mana-mana ludahan fitnah yang dilempar di tengah jalan itu tidak sampai memburuk kaki si pemijaknya. Bahkan ianya tidak melekat dan mengotorkan kaki mereka yang mempunyai fikiran yang sihat dan bersifat analitis.

Satu segi walaupun begitu kalut dunia kempen hari ini ia menyeronokkan. Ia menggambarkan itulah realitas politik. Perbalahan, pertengkaran selisih faham hatta sampai ke peringkat fitnah diterima sebagai rukun politik. Saya sering menyebut politik demokrasi ada empat rukun (4C). Manipulasi, ekspolitasi, kontroversi dan hipokrasi.

Sesiapa yang bijak memanipulasi dia akan berjaya. Sesiapa yang cekap mengeksploitasi akan berjaya. Sesiapa yang pandai membuat kontroversi akan popular dan sesiapa yang tergamak melakukan hikpokrasi akan terlepas dari jerjak-jerjak besi keadilan dan kebenaran.

Bagi mereka memahami rukun-rukun ini apa yang berlaku sedikit pun tidak dikisahkan. Saya sendiri dibaham kiri dan kanan. Puluhan yang menghentam dan mengkritik saya. Lucunya seolah-olah saya salah seorang calon bertanding! Tidak kisah ini adalah perminan politik.

Sama ada ianya dibuat atas niat ikhlas atau sebaliknya kita kena terima sebagai satu kemestian. Apakah ianya diupah atau tidak, bergerak di bilik tidur di rumah, di bilik hotel atau ruang pejabat kita harus mendepani sebagai satu kebenaran yang perlu dijawab. Itu semua adalah permainan dunia siber hari ini.

Ada pun kenapa mereka tidak menjelma itu juga perminan dan sebahagin dari rukun-rukun siber. Tektik-tektik demokrasi pengecut tetapi disanggap hero. Sebagai kawan yang bertentangan ideologi dan pendapat dengan kita misalnya mereka tidak akan tergamak untuk mencatuk kita secara gentlemen, jadi mereka harus berlindung. Memegang ulu kapak jauh-jauh dan mencatuk kepala kita. Ini juga satu kebijaksanaan dalam demokrasi!

Atas menerima hakikat sifat demokrasi 4C saya menghormati mereka. Betapa lancang dan 'lancau'nya bahasa itu adalah kritik 'konstruktif' yang perlu dinilai sebagai penawar untuk diri. Sejauh mana kebenarannya tidak perlu dipertikaikan dan kita harus yakin dengan diri sendiri. Seperti mana saya jelas kita lebih memahami diri kita daripada orang lain.

Perwakilan Pas memahami ini semua. Segala tektik, provokasi difahami sebaik mungkin. Saya yakin perwakilan tidak akan menelan sesuatu yang disuakan kepada mereka semudah menelan biji buah naga. Mereka akan terlebih dahulu melihat apakah jenis butir atau biji yang diberikan itu sama ada keras ataupun lembik. Tentunya biji yang keras seperti biji nangka dan durian mereka tidak akan menelannya kerana ia boleh mendatangkan maut.

Dari segi lain peperangan menerusi dunia siber ini akan mematangkan Pas. Apa-apa yang didedahkan hari ini baik betul atau tidak, ia berguna di masa depan. Ia boleh dijadikan sempadan dan peringatan. Ia akan mematang dan menyempurnakan lagi gerakan kita.

Saya sendiri tetap yakin kepada sunah alam bahawa kebenaran itu sering kali menjelma setelah segala-galanya hampir musnah atau sesudah sesuatu itu sudah menjadi lebur. Sesuatu itu akan terjawab hanya menunggu masa dan ketika saja. Berdasarkan pengalaman saya sudah banyak menyaksikan hakikatnya.

Sebagai penulis dan pengulas politik, kritikan dan analisa kita yang tidak enak sukar diterima dan sering dianggap kotor, jahat dan fitnah. Namun akhirnya setelah kebenaran itu tiba barulah kita diangkatkan jempol mengatakan benar dan berterima kasih. Tetapi waktu ini ia sudah tidak bermakna lagi kerana semuanya sudah menjadi puing-puing kehancuran. Lazimnya manusia suka dipuji atau diberikan bayangan indah meskipun ianya adalah fantasia semata.

Keadaan ini adalah ujian. Sementara kebenaran itu tiba seseorang itu perlu bersabar menahan segala kesakitan dan kepedihan. Tetapi kalau kita pandai mengolah diri dan perasaan, namun kepedihan dan kesakitan itu tidak pun terasa apa-apa, sebab kebenaran akan melupuskan segala unsur-unsur kejahatan.

Dengan kuasa, maklumat dan pandangan yang telah dikunyah dan dihalusi dari segala sudut telah dicerna dan dicerakinkan, para muktamir Pas bolehlah memilih pemimpin yang mereka kira baik, sempurna dan dapat membawa parti itu ke persada perjuangan mencapai kejayaan segajat sesuai dengan fitrah Islam itu sendiri sebagai al deen dinul hayat. Selamat bermuktamar

~~Sumber Detikdaily

Komen saya - Aku macam pernah tengok nama dia ni kat TV3 bercakap pasal PAS. Wah...hebat sungguh sampai dia seolah-olah jadi jurucakap PAS pulak. TV3 ni memang suka orang camtu, bukankah Raja Sesumpah dan banyak kali masuk TV3? Dia ni baru nak popular kot kat TV3... aku ingatkan dia nak cerita pasal kambing ke...apa ke...hehehe....Atau pun dia nak ulas cerita pasal `orang berketayap merayap malam cuba nak masuk kelambu orang lain ' yang terjadi kat Selangor tu. Aku tak tau banyak tentang dia ni....nak tahu cuba tanya Tulang Besi...dia banyak tahu kot...Sori yer Tulang Besi..hehehe......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower