D' Muktamar PAS 55 - Golongan Munafik dan peranannya. Ingat saudaraku !!
Apabila si munafik, sekulit sejiwa dan seotak Abdullah bin Ubai bin Salul terlalu meramai di dalam jamaah, maka mereka berperanan untuk memecah belah serta meretak hempas hubungan sesama jemaah Islam. Mengapa Abdullah bin Ubai bin Salul ? Siapa dia ?
Abdullah Bin Ubai Bin Salul bersama pengikutnya amat kecewa dan menyimpan dendam terhadap jamaah Rasulullah S.A.W hanya kerana gagalnya harapan mereka untuk menjadi raja atau pemimpin terkemuka di Madinah dengan kemenangan Islam dan Hijrahnya Rasulullah S.A.W. Golongan munafiq ini merasakan bahawa Rasulullah dan jamaahnya telah merampas apa yang mereka cita-citakan selama ini. Maka tertanamlah di hati mereka perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang sentiasa membara serta mereka berusaha mencari setiap kesempatan untuk melakukan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah S.A.W dan umat Islam.
Apabila Islam mencapai kemengan dan mempunyai kekuatan maka mereka pun berpura-pura memeluk Islam. Setiap Jumaat apabila Rasulullah S.A.W duduk di atas "Abdullah Bin Ubai Bin Salul pun bangun bercakap kepada orang ramai untuk berpura-pura ; " Inilah dia Rasulullah berada bersama kamu, dengan sebabnyalah kamu diberi kemuliaan dan kemenangan oleh Allah, oleh itu tolonglah dia, berilah sokongan kepadanya, dengarlah dan taatlah perintahnya". Kemudian 'Abdullah Bin Ubai pun duduk.
Setelah berlaku peperangan Uhud, apabila 'Abdullah Bin Ubai telah membuktikan 'penyelewengannya', tiba-tiba Abdullah Bin Ubai bangun pada hari Jumaat seperti biasa, tetapi orang-orang Islam yang berada di dalam masjid menarik pakaiannya supaya duduk sambil berkata kepadanya ; " Wahai musuh Allah...!!! duduklah.., sebenarnya kamu tidak layak untuk bercakap, kerana kamu telah melakukan kerja-kerja jahat...!!!". Lalu 'Abdullah Bin Ubai pun keluar dan merungut dengan kata-kata yang tidak baik. Seorang sahabat dikalangan Ansar berkata ; "Sungguh celaka kamu ini...!!! kembalilah bertemu Rasulullah supaya dia beristighfar untukmu." 'Abdullah Bin Ubai menjawab ; "Demi Allah...!!! aku tidak mahu dia beristighfar untukku."
"Abdullah Bin Ubai Bin Salul juga terlibat dengan peperangan Ahzab dengan meniupkan propaganda dan provokasi untuk melemahkan semangat umat Islam. Namun segala usahanya itu gagal. Rasulullah S.A.W masih memberi kepadanya peluang supaya sedar dan insaf namun dia terus juga dengan sifat munafiqnya.
Dalam peristiwa peperangan Bani Mustaliq, Abdullah Bin Ubai Bin Salul dan pengikutnya keluar bersama pasukan tentera Islam, tetapi Allah S.W.T yang telah mendedahkan segala-galanya tentang kedudukan orang-orang munafiq, diantaranya firman Allah Ta'ala di dalam Surah At-Taubah ayat ke 47 yang bermaksud ;
" Kalaulah benar mereka ( golongan munafiq ) keluar bersama-sama kamu tidaklah mereka menambahkan ( kekuatan ) kamu melainkan kerosakkan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah ( kekacauan dan keretakkan hubungan ) di kalangan kamu, sedangkan diantara kamu ada orang-orang yang suka mendengar hasutan mereka, dan ingatlah Allah maha mengetahui akan orang-orang yang zalim " ( Surah At-Taubah ayat-47 )
'Abdullah Bin Ubai Bin Salul telah mengambil kesempatan daripada satu perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat, seorang dikalangan Muhajirin dan seorang lagi dikalangan Ansar. Ibnu Hisyam di dalam sirahnya meriwayatkan bahawa seorang budak suruhan kepada sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab Radiyallahu 'Anhu yang bernama Jahjah Bin Sa'id Al-Ghaffari telah bertengkar dengan Sunan Bin Wabir Al-Jahri. Mereka berdua di tengah-tengah kalangan orang ramai di telaga Al-Mu'araisi pada ketika Rasulullah S.A.W singgah di situ. Kedu-dua mereka hampir berbunuh-bunuhan antara satu sama lain. Al-Jahri melaungkan ; "Wahai kaumku Ansar...!!!" dan Jahjah pula membalas laungan ; " Wahai kaum Muhajirin...!!!". Rasulullah S.A.W memarahi mereka berdua dengan bersabda ; " Adakah kamu kembali kepada jahiliyyah sedangkan aku masih berada dikalangan kamu ? Tinggalkanlah ia ( jahiliyyah ) kerana ia adalah sangat keji, busuk seperti bangkai." Alhamdulillah, kedua-dua orang sahabat itu menghentikan pergaduhan mereka.
Namun peristiwa itu didengari oleh 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul lalu marahlah ia dan dia berkata kepada orang sekelilingnya ; " Apakah mereka ( kaum Muhajirin ) sudah berbuat demikian...sudahlah mereka mengenepikan kita, mencuri masuk ke kampung kita, demi Allah mereka ini dan puak Quraisy ( maksudnya orang Islam dari keturunan Quraisy ) ini tidak ubah seperti kata orang ; Gemukkanlah anjing kamunanti dia akan menggigit kamu ( melepaskan anjing yang tersepit ), sesungguhnya demi Allah sekiranya kita pulang ke Madinah golongan termulia akan mengahalau golongan terhina...!!!"
Ucapan jahat 'Abdullah Bin Ubai bin Salul ini di dengari oleh Zaid Bin Arqam, lalu beliau pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan memaklumkan peristiwa itu. Kebetulan Sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab ada bersama. Lalu sayyidina 'Umar berkata ; " Suruh sahaja 'Abbad Bin Bisyr pergi membunuh dia." Rasulullah S.A.W bersabda ; " Bagaimana wahai 'Umar, nanti orang akan berkata Muhammad membunuh sahabtanya, biarkan dia pergi".
Berita Ucapan 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu sampai kepada pengetahuan anaknya yang juga bernama 'Abdullah Radiyallahu 'Anhu, dia seorang soleh dan benar-benar beriman tidak seperti bapanya yang munafiq. Beliau meminta izin daripada Rasulullah S.A.W dengan berkata ; " Kalau Rasulullah mahu membunuh dia, biar saya yang membunuhnya dan membawa kepalanya ke hadapan Rasulullah." Tetapi Rasulullah tidak mengizinkan 'Abdullah berbuat demikian kerana untuk mengelakkan fitnah.
Adapun 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul mengetahui bahawa ucapannya itu telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W dan terus berjumpa dengan baginda dengan bersumpah menafikan ucapannya itu. Tiba-tiba seorang daripada sahabat di kalangan Ansar berkata ; " Ya Rasulullah.., mungkin budak yang melaporkan berita itu tersalah dengar apa yang sebenarnya di ucapkan oleh 'Abdullah Bin Ubai." Rasulullah S.A.W terus mengingatkanya. Maka Zaid Bin Arqam berdukacita dan merasakan dia telah diperbohongkan. Tetapi Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Adil menurunkan wahyu surah Al-Munafiqun kepada Rasulullah S.A.W mendedahkan perkara yang sebenar dilakukan oleh orang-orang munafiq khususnya 'Abdullah Bin Ubai. Wahyu itu membenarkan kata-kata Zaid bin Arqam yang didengarnya dari 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu.
Firman Allah Ta'ala mafhumnya ;
" Mereka ( golongan munafiq ) berkata ; Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah benar-benar orang-orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Pada hal bagi Allah dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui " ( Surah Al-Munafiqun ayat-8 )
Rasulullah S.A.W telah memanggil Zaid Bin Arqam dan membacakan Surah Al-Munafiqun kepanya kemudian baginda bersabda ; "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah meletakkan kamu sebagai seorang yang benar." (albanjary)

No comments:
Post a Comment