.
`
refresh 4 new artikal
.

16 June 2009

Bolehkah ‘toghut’ berubah ? Lebih baik kita buang dari menunggu dia berubah



Kerajaan perpaduan: Jom kita lawan!

Berikut ialah email yang saya terima dari seorang ahli PAS yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan (saya tak edit sikit pun):

Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Semenjak habisnya Mukhtamar PAS 2009 jiwa saya tidak senang dan senantiasa tertanya-tanya akan halatuju PAS .

2.Persoalan akan halatuju PAS dengan kepimpinan yang dibawa oleh Presiden ,Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bukan saja menghantui saya, malah perasaan sedih juga meresap dijiwa.Sedih kerana PAS suka ’shoot its own foot’.Sedih kerana apabila PAS dan rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat sudah dalam ‘cruising mode’ gear 5, tiba-tiba nak masuk gear ‘gostan’ (i.e. patah balik dalam bahasa Kedah).


3.Pilihanraya Umum Mac 2008 merupakan satu titik tolak baru dalam sejarah politik negara.Lebih kurang 49% daripada pengundi yang menolak UMNO/BN.Pada mulanya saya beranggapan bahawa ini hanyalah ‘an occurance’ atau hanya satu ‘event’ rakyat hendak mengajar UMNO/BN.Saya juga berpendapat bahawa susah untuk rakyat ‘continously reject’ UMNO/BN, sebabnya persepsi UMNO/BN = Malaysia menular disanubari majoriti rakyat.Namun pilihanraya-pilihanraya kecil diPermatang Pauh, Kuala Terengganu,Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Penanti memberi kefahaman yang berbeza kepada saya.Daripada ‘an occurance’ atau ‘only an event’ penolakan rakyat terhadap UMNO/BN telah menular kepada satu ‘trend’ dan keputusan diBukit Selambau dan Penanti adalah bagi saya satu manifestasi akan citarasa rakyat BERKEHENDAKKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT ! Bagi warga koperat, ini bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat adalah ‘VIABLE’.

4.Didalam dunia koperat persaingan adalah lumrah.Setiap syarikat malah individu akan berlumba bersaing.Didalam perlumbaan ini ada batasannya, nilai-nilai moral dijaga dan ini dimanifestasikan dalam konsep dan tindakan ‘Rules of Engagement’ yang menghormati undang-undang dan pegangan nilai akhlak dan moral masing-masing.Namun sebagai warga koperat saya perasan sejak 10 tahun kebelangkangan ini unsur rasuah menjadi-jadi.Didalam tempoh pentadbiran Perdana Menteri yang ke5, amalan rasuah berkemuncak dan saya rasa dibawah pentadbiran sekarang pun ayat ‘amalan rasuah’ harus ditukar kepada ‘wabak rasuah’.Apabila kita kaji akan fenomina wabak rasuah ini asal usulnya, atau ‘ the roots of the problem’ adalah UMNO.Amalan rasuah menjadi wabak kerana parti ini.Merekalah bukan saja mengamalkan amalan ini, malah mereka mempelopori wabak ini.Teringat kembali saya akan ucapan-ucapan Almarhum Ustaz Fadhil bahawa UMNO ini adalah ‘toghut’ dan ‘toghut’ itu jahat dan mengajak masyarakat membuat kerja jahat.Dan rasuah adalah kerja jahat yang paling besar, yang bukan saja meruntuhkan negara, malah empayar sekalipun runtuh kerana wabak rasuah.Andaikata kita tidak membendung amalan rasuah, Malaysia akan hancur….

5.Bagaimanakah kita hendak membendung amalan rasuah dinegara tercinta ini ? Bagaimana bisa Pak (seperti cakapnya orang Indonesia) ? Bagaimana bisa sedangkan UMNO HIDUP dalam rasuah ! Bagaimana bisa,apabila UMNO itu sendiri ‘TRIVE ON’ rasuah ! Semalam dalam Harakah , Presiden PAS seolah-olah menunggu UMNO berubah kearah kebaikan.Bolehkah ‘toghut’ berubah ? UMNO dalam mabuknya, dalam rasuahnya, dalam kehinaanya bolehkah berubah ? Atau bukankah lebih baik daripada menunggu dia berubah kita BUANG saja dia !

6.Berdasarkan kepada fakta-fakta yang tertera diatas , saya menjadi bingung apabila Presiden Pas bercakap-cakap tentang Kerajaan Perpaduan.Mula-mula saya ingat kenyataan – kenyataan itu adalah ‘ slip of the tongue’ atau ‘ a slip of the mind’ tetapi tingkah laku beliau sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa beliau istiqamah dengan kenyataannya.Apabila dilihat jawatan-jawatan penting dalam PAS diisi dengan orang-orang yang sekepercayaan dengannya, ia memantapkan kefahaman saya bahawa Presiden dan orang-orang kuatnya ‘will follow up and follow through the unity government with UMNO’.

7.Saya mengambil peluang ini untuk merayu kepada rakan-rakan sekalian yang sayang kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk terus kita berjuang dan berusaha menggagalkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO ini. Dan usaha kita perlulah ditingkatkan kepada landasan kefahaman bahawa andaikata puak-puak mukabalah ni masih nak berkawan dan berkahwin dengan UMNO, mereka pun harus disingkir daripada PAS dan Pakatan Rakyat.Kalau kita perlu ‘menebas’ mereka sebelum kita hancurkan UMNO, maka adalah wajib bagi kita berbuat demikian.Kita tebaskan habis mereka dan UMNO, barulah negara kita yang tercinta ini dapat ditanam semula dengan benih-benih yang lebih baik.Benih-benih yang dapat memberi kebahagian kepada kita didunia dan diakhirat nanti.

8.JOM KITA LAWAN !

Sekian terimakasih.Wassalam.

http://penarikbeca.blogspot.com


1 comment:

  1. kalau tak berkenan kat PAS , masuk saja PKR -takdak masalah apa pun . Dari pandangan saya , sdr kita ni dulu pun lebih kurang sj . Soal toqut ni ,malas sikit nak komen sbb yg mengata pun lebihkurang sj , tak la lebih baik tapi yg 'lebih baiknya' mereka ni mengajak kepada perpecahan

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower