.
`
refresh 4 new artikal
.

05 June 2009

BILA SEBUT PASAL JAWATAN MESTI ULAMAK, YANG KENA SEMBUR FRU DI MANA ULAMAK?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKU bukannya anti Ulamak kerana tanpa Ulamak, PAS akan hilang arah tujuannya. Tetapi apabila Ulamak sudah dipilih tanpa bertanding jawatan Presiden di dalam PAS, amat keterlaluan untuk penolong Presiden pun golongan Ulamak tidak layak. Lebih bersifat tamak lagi, diletakkan syarat pula untuk jawatan Naib Presiden pun mesti ada seorang Ulamak. Siapa punya usul ini? Ini adalah usul Dewan Ulamak PAS sendiri.

Setahu aku Ulamak itu pewaris Nabi dan Nabi itu setahu aku juga seorang yang berani dan sentiasa berlaku adil. Ada sejarah Nabi berada di hadapan di medan pertempuran sehingga patah gigi Baginda. Itulah kehebatan Nabi yang susah pula nak diwarisi oleh golongan Ulamak sekarang. Kita lihat sendiri bagaimana PAS diwaktu kesusahan bersama rakan-rakan di dalam PR untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menentang kezaliman, pejuang-pejuang PAS yang sering kita lihat di hadapan sekali ialah siapa? Yang sering disembur oleh FRU dan ditangkap siapa? Yang rajin berceramah dan berjumpa semua golongan tidak mengira bangsa dan agama di setiap pelusuk kampung dan kota tu siapa? Ini belum lagi berperang, baru nak menuntut demokrasi dan keadilan. Di mana Ulamak ketika itu? Di masjid bertazkirah mungkin.

Bukan tidak ada seorang pun Ulamak yang aktif di saf hadapan, memang ada, jika dahulu Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah pedih mata disembur FRU. Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz juga pernah diserbu ketika berceramah. Tetapi, cuba kita kira seramai mana golongan Ulamak khususnya di dalam Dewan Ulamak sendiri yang berani bersama rakyat turun menentang kezaliman? Berapa ramai dari mereka yang pernah ditangkap, dipukul atau sekurang-kurangnya terkena percikan air gatal FRU? Kalau berperang, aku tidak tahu bagaimana agaknya.

Amat malang, setelah PAS kini mempunyai kekuatan setelah dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR, golongan yang bukan Ulamak dikatakan tidak layak untuk berdamping dengan Tuan Guru Presiden. Ini bermakna, Dewan Ulamak secara tidak langsung tidak menyokong Husam atau Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Husam tidak sokong Islam kah selama ini semata-mata Husam berbaik dengan DS Anwar? Mat Sabu tidak sokong hudud kah semata-mata Mat Sabu berbaik dengan Guan Eng? Atau Ustaz Nasa dikira seorang Ulamak pewaris Nabi hanya semata-mata `merayap' malam berjumpa pemimpin Umno sewaktu PR ingin membentuk kerajaan di Selangor?

Aku hairan mengapa Dewan Ulamak bersikap seolah-olah tamak kuasa. Aku salute dengan Ustaz Harun Taib yang memberi komen di TV sebentar tadi apabila beliau diminta mengulas usul Dewan Ulamak yang minta agar jawatan No 1 dan No 2 mestilah Ulamak dan Naib Presiden salah seorang mesti Ulamak. Beliau menjawab dengan tegas, beliau tidak menumpukan isu tersebut kerana beliau lebih utamakan bagaimana PAS boleh diperkuatkan bersama PR untuk menumbangkan Umno/Bn. Oleh yang demikian, untuk perkuatkan PR yang terdiri dari berbagai bangsa dan ugama serta fahaman itu, bijakkah semuanya hendak diserahkan kepada Ulamak? Selama ini siapa yang bekerja kuat mendekatkan berbagai bangsa dan ugama tersebut menyokong PAS? Ulamakkah? Atau orang-orang seperti Husam, Mat Sabu, Dr Hatta, Dr Lo'Lo' dan ramai lagi yang bukan boleh dianggap Ulamak itu?

Tuan Guru Nik Aziz juga seorang Ulamak, tetapi beliau tidak tergamak untuk mengatakan semua jawatan tertinggi PAS mesti lah dibolot oleh Ulamak. Bukankah PAS ada Majlis Syura, bahkan Dewan Ulamak juga penting untuk menentukan arah tuju dan dasar PAS. Justeru itu, apa yang perlu dibimbangkan jika Timbalan Presiden PAS bukan dari Ulamak? Bolehkah beliau berbuat sesuka hatinya tanpa persetujuan Majlis Syura/Dewan Ulamak? Dewan Ulamak seolah-olah tidak mengiktiraf mereka yang bukan Ulamak selama ini yang berjuang bersusah payah untuk memperjuangkan PAS sehingga menjadi seperti sekarang. Aku bimbang nanti, PAS akan hancur dengan sikap Ulamak sedemikian.

Lain-lain artikel berkaitan baca sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower