.
`
refresh 4 new artikal
.

14 June 2009

Anwar, Anggota PKR Dinasihat Jangan Angkuh

BANGI [3.27 pm] - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mengingatkan pemimpin dah anggota parti supaya tidak angkuh dengan kemenangan besar PKR pada pilihanraya umum lalu. “PKR menang kerana ….. rakyat mahukan perubahan dan kerana rakyat bencikan kerakusan kuasa dan rasuah. Kerana itu rakyat memilih kita,’ kata Anwar. Beliau berkata pemimpin dan anggota parti tidak harus leka berfikir “kita hebat” dan kemenangan PKR berpunca daripada kekuatan individu. “Kita harus menjalankan penilaian diri tentang kelemahan dalaman …..kita tak boleh andaikan kita cukup hebat,” kata Anwar. Penilaian itu akan membolehkan jentera perjuangan parti dimantapkan lagi bagi memboleh PKR membina kekuatan yang berupaya mengisi segala harapan rakyat. Datuk Seri Anwar juga menegaskan bahawa PKR tidak akan bertolak ansur dengan mana- mana pihak yang cuba menerapkan politik perkauman ke dalam parti itu. Beliau merujuk kepada pilihanraya kecil Bukit Selambau, di mana beberapa pihak, termasuk kalangan bekas anggota parti cuba mengugut PKR untuk memilih mereka sebagai calon. Anwar berkata PKR memilih untuk menolak mereka walaupun mereka mengugut untuk memastikan kaum tertentu memulau parti itu. Anwar menegaskan setiap calon PKR harus mewakili kepentingan semua kaum dan tidak terikat dengan memperjuangkan nasib kaum tertentu sahaja. “Biarlah pengajaran daripada Bukit Selambau ini sampai ke seluruh negara…kita mahukan calon-calon kita..mampu menjana perubahan” dan mewakili kaum kaum, kata Anwar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower