.
`
refresh 4 new artikal
.

12 June 2009

AJK PAS Pusat Dan Pesuruhjaya Negeri: Keputusan Pelik Dan Meragukan



amat memeranjatkan mengapa MB Perak YAB Ir Nizar yang memperolehi undi terbanyak di dalam AJK Pas Pusat tidak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak? Bukan kita ingin mengatakan Us Abu Bakar Husin tidak layak untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, tetapi di dalam situasi sekarang, politik yang bergelora di Perak adalah amat bijak dan tepat jika jawatan tersebut diserahkan kepada YAB Ir Nizar. Bukankah YAB Ir Nizar memerlukan segala kekuatan moral dan fizikal di samping kepercayaan dan sokongan untuk menghadapi situasi di Perak sekarang?

amat memeranjatkan mengapa MB Perak YAB Ir Nizar yang memperolehi undi terbanyak di dalam AJK Pas Pusat tidak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak? Bukan kita ingin mengatakan Us Abu Bakar Husin tidak layak untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, tetapi di dalam situasi sekarang, politik yang bergelora di Perak adalah amat bijak dan tepat jika jawatan tersebut diserahkan kepada YAB Ir Nizar. Bukankah YAB Ir Nizar memerlukan segala kekuatan moral dan fizikal di samping kepercayaan dan sokongan untuk menghadapi situasi di Perak sekarang?


PEMILIHAN PESURUHJAYA DAN AJK PAS , KEPUTUSAN KURANG BIJAK

MERAGUKAN dan kurang bijak. Itulah yang boleh saya simpulkan dengan pemilihan Pesuruhjaya Pas Negeri yang baru dan juga senarai AJK baru yang dilantik. Itulah yang berlaku di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan semalam. Dalam situasi Pas terancam, bergelora serta menjadi sasaran kritikan, nampaknya parti ini tidak pernah belajar dari kesilapan mereka.

Berikut adalah senarai perlantikan yang baru dibuat di dalam mesyuarat tersebut, dan seperti biasa ahli-ahli Pas diajar untuk `wala’, kepada senarai ini:

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Saya merasa agak pelik ke mana `hilang’nya Dato Anuar Tan seorang pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam Pas? Beliau telah beberapa penggal berada di dalam saf kepimpinan Pas Pusat dan jasanya untuk menarik sokongan kaum Cina tidak boleh dipertikaikan. Bukankah Pas sekarang begitu hebat untuk mempromosikan parti kepada kaum yang selama ini begitu takut kepada Pas? Dato Anuar Tan tidak mendapat cukup undi daripada perwakilan bagi membolehkannya berada dalam saf kepimpinan tetapi salahkah jika beliau dilantik di dalam AJK ini sebagai mewakili kaum Cina? Memang benar, perlantikan jawatan ini adalah budi bicara Presiden mahu pun ahli mesyuarat, tetapi tidak adakah seorang pun yang terfikir betapa perlunya seorang pemimpin berbangsa Cina berada di dalam Saf kepimpinan Pas? Saya berharap perkara ini tidak dipandang sepi oleh Pas, tetapi jika keputusan yang telah dibuat perlu ditaati, apa yang boleh dikatakan lagi.

Mari kita lihat pula senarai Pesuruhjaya Pas Negeri khususnya yang baru dilantik. Saya tidak mahu ulas yang lain, tetapi amat memeranjatkan mengapa MB Perak YAB Ir Nizar yang memperolehi undi terbanyak di dalam AJK Pas Pusat tidak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak? Bukan kita ingin mengatakan Us Abu Bakar Husin tidak layak untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, tetapi di dalam situasi sekarang, politik yang bergelora di Perak adalah amat bijak dan tepat jika jawatan tersebut diserahkan kepada YAB Ir Nizar. Bukankah YAB Ir Nizar memerlukan segala kekuatan moral dan fizikal di samping kepercayaan dan sokongan untuk menghadapi situasi di Perak sekarang? Bukankah dengan jawatan Pesuruhjaya Pas Perak sekiranya diserahkan kepada beliau, maka bertambahlah kekuatan moralnya dan penyokong-penyokong Pas dan PR di Perak? Tetapi Pas membuat pilihan yang pada saya tidak menepati suasana dan kebijaksanaan politik. Jika Dr Hassan Ali yang jauh kurang undinya daripada YAB Ir Nizar masih dikekalkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, tidak munasabah YAB Ir Nizar tercicir pula. Saya tidak tahu samada kerana beliau terlalu kuat menentang Kerajaan Perpaduan bersama Umno yang menyebabkan beliau `terlepas pandang’ oleh pimpinan Pas. Jika beliau terlalu menentang Umno sekali pun memang wajar kerana beliau sendiri yang tahu betapa `azab’ nya berdepan dengan parti yang tidak boleh diharapkan itu. Berikut adalah senarai yang dilantik dan yang dikekalkan untuk jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri:

Senarai pesuruhjaya PAS negeri:

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
* Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
* Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

* mengalami perubahan, sementara yang lain kekal

Saya berharap agar Pas lebih menyelami sepenuhnya hati penyokong-penyokong dan ahli-ahli mereka. Teramat bimbang kita sekiranya jika tersilap percaturan, Pas akan mengalami kerugian di masa akan datang. Jangan terlalu banyak mencatur politik mengikut selera masing-masing sehinggakan tidak memperdulikan perasaan orang lain yang sedikit sebanyak membantu Pas sehingga menjadi seperti sekarang. Tetapi, seandainya kita diminta taat dan `wala’ juga dalam perkara seperti ini, kita serahkan sahaja kepada Allah S.W.T.

Wallahu Aklam.

http://wfauzdin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower