.
`
refresh 4 new artikal
.

04 June 2009

Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSJ

Enam daripada sembilan ahli Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSJ) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSJ yang barunya, Mokhtar Mohd Jit pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut.

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP (10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politk sebagai presiden MPSJ.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

Mansor mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam. Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Ketua Wip PKR di MPSJ, Johari Kassim juga memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan PKR Pulau Pinang menyiasat ketidakhadiran ahli majlis PKR di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

Selepas majlis angkat sumpah tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menghalau wartawan Utusan Malaysia, keluar dari menghadiri sidang akhbarnya.

Wartawan itu yang merupakan penolong ketua biro Utusan Malaysia di Pulau Pinang, Hafzrul Mohamed mendakwa dia rasa terhina dengan tindakan Lim itu.
~malaysiakini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower