.
`
refresh 4 new artikal
.

22 June 2009

3 Pemimpin Pakatan Rakyat Menolak Kerajaan Perpaduan



Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno/Barisan Nasional yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen sebentar tadi, ia menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, ia menyatakan Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu yang membabitkan kepentingan negara.

“Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan,” menurut kenyataan yang ditandatangani pemimpin tiga parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul hadi Awang dan Lim Kit Siang. BH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower