.
`
refresh 4 new artikal
.

04 May 2009

SPR Digesa Tarik Balik Larangan Had Penyokong


PETALING JAYA [2.30 pm] - Pakatan Rakyat menyifatkan larangan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar parti-parti politik yang bertanding tidak membawa penyokong melebihi 5,000 orang pada hari penamaan calon adalah tindakan karut. Malah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi menggesa agar SPR menarik balik larangan yang dianggap tidak munasabah itu. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dengan tegas berkata SPR cuba memperkenalkan satu larangan yang karut dan tidak berasas. "Karut...ini semua tindakan karut yang tidak berasas," katanya. Beliau turut mendakwa SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan pilihan raya mengambil tindakan seolah-olah tidak memahami situasi politik di Malaysia. "Apa ni? Apa yang boleh saya katakan mereka (SPR) tak faham keadaan politik dan situasi pilihan raya di Malaysia. "Ini satu tindakan yang cukup tidak praktikal...bagaimana kita boleh kawal jumlah orang yang nak datang?. "Kita bantah keputusan ini dan kita mahu SPR tarik balik larangan ini," katanya dengan tegas. Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keputusan mengehadkan kehadiran jumlah penyokong pada hari penamaan calon agar tidak melebihi 5,000 orang telah diputuskan semasa pertemuan antara suruhanjaya itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis lalu. Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower