.
`
refresh 4 new artikal
.

26 May 2009

Pilihanraya satu 'Rancangan Realiti' yang hebat'

3 calun BEBAS bertanding di pilihanraya Penanti menentang seorang Calun PKR. Mereka adalah, Aminah Abdullah menggunakan lambang kunci (macam Cik Maimun dulu), Nai-Khan Ari, 41 menggunakan lambang WAU dan Kamarul Ramizu menggunakan lambang Payung. Masing masing dengan usaha masing masing untuk menjadi calun BEBAS yang terhebat di abad ini.

Memihak kepada BN adalah satu kaedah untuk mendapatkan sokongan dari penyokong UMNO yang tidak mempunya calun pada pilihanraya kali ini. Maka kerana itu, pelbagai isu yang bertentangan dengan kemahuan PKR merupakan isu yang cukup menarik untuk di tonjolkan. Masing masing cuba menonjolkan diri masing masing. Namun tarikh tutup menarik diri adalah pada malam ini. Sebarang usaha menarik diri, akan mengurangkan jumlah calun BEBAS atau calun yang bertanding.

Buat masa ini, Aminah nampaknya berjaya membawa isu rasuah sebagai daya tarikan kepada penyokong BN. Dan mampukah Aminah yang dikatakan telah di tendang oleh PKR kerana tidak mampu melakukan tanggung jawab menjadi individu alternatif kepada BN untuk menjadi wakil rakyat di Penanti.

Kita tengok silat, sepak terajang politik di sana. Cuma ... kalau agak agak tak logik tu, kita boleh la ketawa ramai ramai. Kerana politik negara ini sudah menjadi 'rancangan hiburan realiti' selain dari Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower