.
`
refresh 4 new artikal
.

11 May 2009

Hee cemari Dewan : Sivakumar

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 11 Mei (SK) : Tindakan Hee Yit Fong telah mencemari kemuliaan Dewan Negeri Perak yang bertindak di luar bidang kuasa beliau dengan memberi arahan di dalam dewan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak V. Sivakumar menyoalkan demikian kerana selagi Tuan Speaker berada dalam dewan, dialah berkuasa. Setiap orang yang berada dalam dewan mesti mengikut perintah atau arahannya.

Menutut satu kenyataan beliau dalam Suara Perak, orang lain termasuk Menteri Besar tidak mempunyai kuasa memberi arahan dalam dewan itu. Inilah peraturan pengasingan kuasa yang sangat penting dan perlu terjamin supaya demokrasi tidak dicacatkan oleh mana-mana pihak.

Hee Yit Fong yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah, telah menganggap dirinya sebagai Timbalan Speaker dan terus membuat kerja-kerja Speaker di tempat duduknya.

“Timbalan Speaker yang sah pun tidak ada kuasa untuk mengambil alih tugas Speaker selagi Tuan Speaker masih duduk di tempatnya. Apatah lagi Hee Yit Fong yang penuh dengan kontrover,” jelas Sivakumar.

“Beliau terus mengisytiharkan dirinya sebagai Timbalan Speaker dan mengumumkan bahawa dia akan menggantikan Speaker bagi urusan-urusan seterusnya pada hari tersebut,” tambah Sivakumar.

Menurut kenyataan berkenaan, tindakan yang tidak rasional dan tidak masuk akal yang dilakukan Hee kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Ini merupakan satu helah dalam usaha merampas kuasa speaker,” kata Sivkumar.

“Tidak ada sebarang perintah dalam undang-undang atau Perintah-perintah Tetap yang memberi kuasa kepada beliau untuk bertindak sedemikian,” tegas sivakumar lagi.

Tindakan salah laku beliau dalam konspirasi menjatuhkan Speaker Dewan dengan mencerobohi bidang kuasa Speaker adalah satu lagi penghinaan terhadap Speaker dan Dewan Negeri Perak.

“Satu tindakan yang tidak senonoh dan keji,” beliau berkata.

“Cubaan mewujudkan sub-dewan dalam dewan negeri yang mulia oleh kuncu-kuncunya berkerumun di satu tempat dalam dewan dan terus membuat usul untuk lucutkan Speaker dan perlantikan Speaker baru boleh dianggap tindakan beliau itu tidak sah,” tegas beliau lagi.

Menurut Sivakumar lagi, perkara ini menyalahi prinsip-prinsip demokrasi dan amalan konvensyen parlimen yang diterima pakai oleh semua negara-negara komenwel.

“Kalau ini dibenarkan, maka konsep sub-dewan ini akan wujud dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri yang lain juga,” jelas Sivkumar.

“Apa yang berlaku di Perak, jika tidak dikawal akan menular ke Dewan Negeri lain pula,” tegas beliau lagi.

Menurut Perintah Tetap 6(1), Tuan Speaker hendaklah mempengerusikan persidangan Dewan dan dalam ketiadaannya, apabila diberitahu oleh Setiausaha Dewan, Maka Dewan boleh memanggil mana-mana ahli mempengerusikan persidangan tersebut

Perintah-perintah Tetap jelas mengariskan bahawa selagi Tuan Speaker masih duduk ditempatnya dialah mejadi pengerusi. Hanya dalam ketiadaanya pihak lain boleh ditugaskan untuk membuat kerja-kerja Speaker.

Dalam kes ini, Speaker masih berada di tempat duduknya dari 9.45 pagi sehingga berlakunya insiden yang paling memalukan iaitu beliau diheret keluar dari tempat duduknya oleh pihak polis.

Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk Hee Yit Foong untuk mengambilalih tugas Speaker walaupun untuk sedetik.

Sivakumar memveri kesimpulan bahawa oleh kerana persidangan tidak dimulakan oleh Tuan Speaker dan Hee Yit Fong telah bertindak di luar bidang kuasanya maka usul perlucutan speaker dewan dan perlantikan speaker baru adalah tidak sah.

Dengan itu, kesemua usul-usul itu telah pun ditolak oleh Speaker dalam kamarnya sehari sebelum tarikh persidangan iaitu 6 Mei 2009.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower