.
`
refresh 4 new artikal
.

06 May 2009

SELAMAT ULANG TAHUN ALTANTUYA DAN DESAKAN BUAT PM


Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam, hari ini beliau akan merayakan ulangtahun ke 31 kelahiranya.

Kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan. Imej negara telah menjadi buruk ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berkenaan kes tersebut.

Kira – kira 19 buah media seluruh dunia telah menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Malah ada cubaan menutup kes tersebut dengan melebel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan. Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan.

Terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya seperti ;

  • apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ? Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang ADUN Bn jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung. 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa ?

  • secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah ? Pistol , arahan siapa dan milik siapa ?

  • benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan ? Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang ?

Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya kami kumpulan anak muda (Solidariti Anak Muda Malaysia) dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia

  • menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara. Untuk makluman Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.

  • menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya. Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan 'sesuatu' cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini. Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.

  • mempersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini. Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa. Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.

Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara. Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.

Solidariti Anak Muda Malaysia merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya dan takziah kepada anggota keluarganya. Sambutan hari ini telah kami maklumkan kepada anggota keluarganya lebih awal dan bapanya meminta kami menyampaikan salam buat semua yang terlibat dan media yang hadir.

Che'GuBard

Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia

Nota : Kenyataan ini dibacakan di depan pejabat Jabatan Perdana Menteri Malaysia sebelum upacara potong Kek Ulangtahun Altantuya, dan selepas itu Kek Ulangtahun Altantuya dan salinan Kenyataan akan diserahkan kepada kakitangan JPM untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk tindakan beliau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower