.
`
refresh 4 new artikal
.

04 May 2009

SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hari ini mengesahkan bahawa beliau sedang memikirkan untuk mengosongkan kerusi itu.

Dalam kenyataan media yang diedarkan oleh isterinya S. Pushpaneela, Manoharan berkata beliau akan mengumumkan keputusannya secara rasmi selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak, pada 19 Mei ini.

“Saya rasa bersalah dan tidak adil kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada pengundi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Kini saya perlu mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat Kota Alam Shah bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan,” kata peguam berusia 48 tahun itu.

Dalam kenyataan itu, Manoharan turut meminta maaf kepada pengundi di kawasan itu kerana tidak dapat memberi perkhidmatan secara peribadi kerana ditahan di bawah Akta ISA sejak 2007.

Manoharan, Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf, bersama empat lagi pemimpin pertubuhan itu telah ditahan di bawah Akta ISA pada 13 Dis 2007.

Bagaimanapun, dua daripada mereka iaitu peguam R. Kenghadharan dan V. Ganabatirau dibebaskan pada 5 April lalu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, Manoharan, yang bertanding atas tiket DAP, memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower