.
`
refresh 4 new artikal
.

28 April 2009

Umno seumpama bertaraf parti ‘Bebas’ : Nik Aziz

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 28 April (SK) : Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata taraf Umno sekarang seumpama wakil rakyat ‘bebas’ kerana belum memutuskan samada mahu bertanding atau tidak pada pilihanraya kecil Dun N12 Penanti, 31 Mei depan.

“Umno memiliki kerajaan yang besar tetapi sikap pemimpin mereka seperti wakil rakyat ‘bebas’ kerana sehingga sekarang belum pasti hendak bertanding atau tidak,” katanya.

Berikutan Perdana Menteri Najin Razak menyebut Barisan Nasional akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil di Dun Penanti atau sebaliknya.

Sementara itu, diranya mengenai cadangan Umno untuk mengubal undang-undang anti letak jawatan, beliau pula mahu supaya Kerajaan mengubal akta anti culik wakil rakyat bagi memastikan tiada wakil rakyat ‘dilari dan disembunyikan’ lagi pada masa hadapan.

Mursyidul Am Pas itu mempersoalkan mengapa pemimpin Umno sibuk sangat dengan cadangan undang-undang anti meletak jawatan sedangkan peraturan anti culik lebih penting.

“Akta seumpama itu lebih perlu berbanding akta bagi menghalang wakil rakyat meletak jawatan seperti dicadangkan ramai pemimpin Umno” kata beliau.

Menurut Nik Abdul Aziz, “Mana baik meletak jawatan secara terhormat atau menculik wakil rakyat dan kemudian memaksa mereka menyokong parti tertentu sehingga menyebabkan sebuah kerajaan tumbang,”

“Itulah realiti yang berlaku di Perak sekarang sehingga kerajaan Pakatan Rakyat tumbang melalui rampasan kuasa. Kalau ada akta anti culik sudah tentu perkara seperti itu tidak berlaku,” mengikut kenyataan yang dipetik dari Harakah Daily.

Pada Febuari lalu tiga bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak ‘diculik’ dan kemudian muncul bersama Najib Razak di Putrajaya dengan membuat kenyataan menyokong BN.

Menteri Besar bersama isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak berada di Makkah bagi mengerjakan umrah lebih seminggu lalu. Keadaannya sihat dan dapat mengerjakan umrah dengan baik.

Beliau juga turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mendoakannya supaya dapat melakukan ibadat dengan sempurna dan selamat kembali ke tanah air. Beliau dijangka pulang ke Malaysia pada 3 Mei ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower