.
`
refresh 4 new artikal
.

28 April 2009

RAIS YATIM LUPAKAN DEBAT, BALIK LAH KE JELEBU...

Apabila tercetusnya isu perdebatan di antara Dato' Rais Yatim Ahli Parlimen Jelebu yang baru dilantik menganggotai kabinet baru Najib dengan Dato' Zaid Ibrahim bekas ahli Umno yang juga bekas Menteri dalam kabinet Pak Lah sebelum ini, saya telah merasakan isu debat tersebut pasti akan berakhir setakat ini sahaja. Rais Yatim mungkin menjangkakan Zaid Ibrahim seorang pemimpin yang bacul dan pasti takut untuk berdebat dengannya berkaitan isu memburukkan imej PM yang baru sekarang ini. Ternyata cabaran Rais Yatim sepantas kilat disahut oleh Zaid Ibrahim dan kini semuanya terpulang pada Rais samada untuk melaksanakannya atau tidak. Sudah tentu Rais tidak keberatan untuk menggunakan mana-mana stesyen TV bagi menyiarkan secara langsung debat tersebut memandangkan kuasa penyiaran media tersebut berada di bawah ketiaknya.

Tetapi hati kecil saya tetap berkata dan percaya mana mungkin Rais Yatim berani untuk merealisasikan cabarannya itu terhadap Zaid Ibrahim. Cabarannya itu lebih kepada gertakan semata-mata kalau pun tidak sebagai kata-kata dari seorang pengampu kepada PM yang telah melantik beliau. Mungkin, anggapan saya silap tetapi jika silap mahukah Rais Yatim berbuat demikian untuk menunjukkan beliau seorang `anak jantan' dari Jelebu yang berani? Apabila bercerita tentang Jelebu, satu daerah yang tidak ternama sangat di Negeri Sembilan, saya teringat suatu ketika saya ke kawasan tersebut bagi menghadiri kenduri kahwin. Amat memeranjatkan saya ialah sebuah daerah yang Ahli Parlimennya Rais Yatim yang telah bertahun-tahun `bertapa' di situ masih gagal menyelesaikan masalah utama penduduk di kawasan Jelebu iaitu pengangkutan awam. Percaya atau tidak, sehingga kini perkhidmatan bas di kawasan Jelebu terutamanya yang menghubungkan bandar Kuala Klawang, Jelebu ke Kuala Pilah dan ke kawasan perkampungan lain dalam daerah Jelebu boleh dikatakan tiada. Perkhidmatan bas jika ada pun tidak seperti di daerah-daerah lain yang berjadual serta tidak menyusahkan penduduk yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Jangan terperanjat jika anda ingin ke Jelebu dari Kuala Pilah umpamanya, andapasti `berjanggut' untuk menanti bas untuk ke sana. Amat memalukan jika dibandingkan dengan Gua Musang di Kelantan yang dikatakan daerah hulu tersebut. Hakikatnya, inilah kawasan Rais Yatim yang jika bercakap berbunga-bunga dan tersusun indah.

Oleh yang demikian, pada saya wajar Rais Yatim tidak menunjukkan kepandaiannya bermain kata-kata kerana rakyat mahukan wakil mereka yang pandai melaksanakan tugas dan amanah rakyat bukan hanya pandai berpantun atau bermadah pujangga. Usahlah lagi sibuk mencabar orang itu ini untuk berdebat, lebih baik Rais Yatim balik ke kawasannya dan lihat sendiri samada bas masih mencukupi di Jelebu dan lihat sendiri samada jalan-jalan di Jelebu sempurna atau tidak. Jangan sampai ada pengunjung yang datang ke Jelebu merungut kerana kesukaran mendapatkan bas ditambah pula dengan jalan yang boleh membuatkan orang muntah dan pening melaluinya. Begitulah padahnya jika pemimpin yang ahli parti mereka sendiri menolaknya, tetapi dipilih juga untuk menjadi menteri di dalam kerajaan. Kesihan orang Jolobu, bak kata pantun popular seperti berikut: `Ke Jelobak Ke Jolobu, Tuai Padi Tigo Tangkal, Apo Malang Nasib Orang Jolobu, Takdo Bas Naik Basikal'.



WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower