.
`
refresh 4 new artikal
.

31 May 2009

Nama Pengundi dipindah - KeADILan akan buat lapuran

Memandangkan peratus pengundian yang rendah, KeADILan akan menggerakkan sepenuh usahanya untuk membawa pemilih keluar mengundi.

Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua berkata,” Kita akan pergi ke rumah pengundi untuk membawa mereka ke pusat pengundian,”.

Beliau juga berkata, kadar pengundian yang rendah itu mungkin disebabkan pemilih memikirkan bahawa KeADILan pasti memenangi pilihanraya kecil kali ini.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari ini adalah 29.86 peratus atau 4,593 orang.

Sehingga jam jam 11 pagi seramai 23.5 peratus atau 3,590 orang, berbanding dengan 2,252 orang atau 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkata Parti akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya terhadap beberapa kes nama pengundi Penanti telah dipindahkah kepada kawasan lain.

Anwar mendedahkan tiga atau empat pengundi yang mengundi di Teluk Wang semasa pilihanraya umum dan pilihanraya kecil Permatang Pauh lalu mendapati nama mereka telah dipindahkan ke Permatang Pasir iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri yang lain di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh.

“Kita akan membuat aduan kepada SPR selepas pilihanraya kecil ini,” kata beliau setelah melawat pusat pengundian di Dewan KAFA Kampung Tun Sardon.

Anwar juga yakin KeADILan mampu memenangi semula kerusi Dun Penanti dan peratusan yang keluar mengundi tidak menjadi masalah besar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower