.
`
refresh 4 new artikal
.

21 May 2009

MB Haram VS MB SAH: Terkini Dari Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan pagi ini akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan mahkamah itu yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.

Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.

2 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower