.
`
refresh 4 new artikal
.

31 May 2009

Lagi pengundi Penanti dipindah kawasan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga hingga empat orang pengundi - yang sebelum ini mengundi di Teluk Wang dalam DUN Penanti dalam pilihanraya umum lalu dan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh - pagi ini didapati telah dipindahkan ke DUN Permatang Pasir - satu lagi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Kita akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selepas pilihanraya kecil ini," katanya selepas meninjau pusat pengundian bagi Teluk Wang di dewan orang ramai Kampung Tun Sardon.

anwar penanti byelection 310509Ditanya sama ada pemindahan pengundi itu akan menjejaskan jumlah pengundian hari ini, Anwar menjawab 'ia bukan satu masalah' dan yakin PKR akan mengekalkan kerusi Penanti

pagi ini, seorang lagi pengundi, Tan Soon Guan yang sudah dua kali mengundi sebelum ini - sewaktu pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu - mendapati namanya tiada dalam senarai pemilih di pusat pengundian Jit Sin.

Pemeriksaan kemudiannya mendapati nama beliau telah dipindahkan ke DUN Berapit yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Sementara itu, dalam reaksinya, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata pengundi sepatutnya memeriksa lebih awal nama mereka dalam senarai pemilih.

Dengan itu, katanya, pihak SPR akan dapat mengenalpasti masalah tersebut.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh menyalahkan SPR mengenai perkara itu.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.
~~ Sumber Malaysiakini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower