.
`
refresh 4 new artikal
.

21 May 2009

Kronologi Perbicaraan Nizar vs Zambery



Nizar baru selesai mengadakan sidang akhbar di luar mahkamah. Antaranya beliau yakin keputusan hakim esok akan berpihak kepadanya.

04.55 pm : Mahkamah Rayuan akan putuskan rayuan Zambry esok jam 3.30 ptg Jumaat 22Mei.

04.45 pm : Tun Majid membuat hujah balas bagi pihak Peguam Negara.

04.45 pm : Cecil bantah bahawa ada cara lain untuk menyingkirkan MB dan ianya bukan hanya dengan melalui undi majoriti sahaja.

04.38 pm : Peguam Zambry, Cecil sedang membuat hujah balas.


04.21 pm : Ranjit sudah selesai. Sekarang Cecil Abraham membuat penggulungan. Diluar mahkamah..penyokong kedua-dua pihak mula bergerak kearah Bilik Bicara 3 Mahkamah Persekutuan.

04.12 pm : Peguam Nizar yang lain,Ranjit Singh memulakan hujah, dengan memberikan penjelasan bersabit beberapa hujah penting Sulaiman.

04.10 pm : Sulaiman menutup hujahnya dengan menggesa para hakim tidak mengubah keputusan hakim perbicaraan (Mahkamah Tinggi).

04.05 pm : Terdahulu dalam hujahnya,Sulaiman berkata, apa yang ada pada minda Baginda Sultan semasa perjumpaan itu tidak relevan dan apa yang ada pada minda Nizar adalah relevan.

04.03 pm : Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil.

04.03 pm : Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil.

03.55 pm :Sulaiman berkata , bukan mencabar budibicara Sultan tetapi mustahil menganggap hilang kepercayaan keatas Nizar menyebabkan beliau meletakan jawatan.

Semua kelihatan baik tetapi cuaca kelihatan agak mendung di luar.

03.44pm : Jika tiada pembentangan lain selepas Sulaiman, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.

03.38 pm : Sulaiman masih membaca autoriti bagi kuatkan hujah untuk sangkal hujah Cecil dan Peguam Negara

03.23 pm : Sulaiman: ” Tidak timbul persoalan Nizar perlu menghantar surat perletakan jawatan kerana undi tidak percaya tidak pernah dibuat.”

03.15 pm :Sulaiman berhujah bahawa hanya satu cara sahaja seorang MB boleh disingkirkan iaitu melalu undi tidak percaya oleh Dewan Undangan Negeri.

03.08 pm : Sulaiman Abdullah , ” Hanya satu sahaja cara untuk menyingkir Menteri Besar..iaitu dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri!”

02.54 pm : Pemimpin PKR, Zuraida kelihatan memasuki Lobi Istana Kehakiman. Jumlah penyokong di luar kelihatan bertambah.

02.34 pm : Sulaiman menyatakan sekiranya hujah Cecil & Peguam Negara diterima , PM mungkin disingkirkan oleh Agong kerana beliau tidak mendapat sokongan daripada ahli parlimen BN.

02.30 pm :Sulaiman bertanyakan kenapa penghakiman Abdul Aziz yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah harus di tangguhkan.

02.27 pm : Sulaiman berhujah bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar.

02.00 pm : Mahkamah Rayuan sambung semula persidangan dengan Ketua peguam mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah memberikan hujah.

12.59 pm : Peguam Negara menamatkan hujah. Mahkamah ditangguhkan dan disambung semula selepas makan tengahari dengan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah.

12.28 pm : Gani berkata jika dilakukan undi tidak percaya, Nizar pasti kalah.. (Kenyataan bodoh dari AG, dia sendiri mengaku BN tak pernah undi tak percaya kat Nizar pun)

12.20 pm :Gani kata dengan 28-28, Speaker Pakatan tidak boleh mengundi & walaupun tanpa 3 bebas (3 katak lah tu…), Pakatan hanya mempunyai 27 undi dalam dewan.

12.18 pm : Gani berkata kebuntuan bermakna Nizar tidak mempunyai majoriti “Ianya satu akuan dalam affidavitnya.”

12.16 pm : Gani berkata , Penasihat Undang-undang negeri umpama ‘pelanduk’ antara 2 gajah , MB & Sultan, tidak memihak ke mana-mana..

12.15 pm :Mahkamah Rayuan bersambung selepas 15 minit berehat dengan Peguam Negara Gani menyerahkan pernyataan bertulis..

12.01 pm :Nizar kelihatan dalam mood yang baik dalam kantin mahkamah bersama isteri dan penyokongnya.

11.58 am :“ Jika salah, rayuan akan dibenarkan ,jika betul, rayuan akan ditolak,” Hakim Rauf Shariff memberitahu Mahkamah Rayuan.

11.55am :Hakim Raus Shariff berkata , persoalan dihadapan mahkamah ialah samada Hakim yang membicakan telah mentafsirkan perlembagaan Perak Constitution dengan betul.

11.37 am : Hakim dah tegur Peguam Zambry: Berapa lama nak berhujjah? Sudah 2 jam.

11.25 am : Cecil berhujah jika MB tidak letak jawatan seperti yang di minta oleh Sultan, maka dengan sendirinya terlucut dengan sendirinya mengikut perlembagaan di bawah artikel16 (6)


Article 16(6) of the Perak Constitution. This article provides that where a request for dissolution is made as a consequence of the menteri besar ceasing to command the confidence of the majority of the members of the assembly and His Highness refuses, the incumbent menteri besar must tender the resignation of the Executive Council.

Adalah perlu di ingat, bahawa :

• as noted above, Article 16(6) is specifically directed to a no-confidence scenario, that is the incumbent menteri besar can seek the dissolution of the assembly upon his having ceased to command the confidence of the majority

• Article 36(2) however provides more generally that His Highness has the power to dissolve the assembly. It is clear that this provision is aimed at allowing His Highness to dissolve the assembly for other reasons thought to be appropriate

• as a matter of law His Highness is empowered to do what is permitted under the Perak Constitution and the Federal Constitution. This is the essence of a constitutional monarchy

• the Perak Constitution does not empower His Highness to dismiss the menteri besar. The manner in which the menteri besar is to be removed from office is as provided for under Article 16(6), through a refusal to dissolve the assembly at the request of the menteri besar when the menteri besar has ceased to command the confidence of the majority of the assembly.

11.20 am : Cecil berkata Hakim perbicaraan silap untuk mengikut kes Stephen Kalong Ningkan case as that did not have request for assembly dissolution.

11.10 am :Cecil berkata tidak ada peruntukan express bagi usul tidak percaya . Sultan boleh mendaptkan pandangan daripada sumber lain dan meminta MB letak jawatan.

11.05 am : Cecil berhujah bahawa Sultan ada hak atas budicaranya melucut jawatan Nizar & melantik MB baru dibawah artikel16 (6).

11.03 am :Cecil berkata artikel 16 (6) menjelaskan bahaawa Nizar mesti meletakan jawatannya beserta ahli-ahli dewannya Tidak ada peruntukan untuk mengadakan undi tidak percaya melalui dewan negeri.

11.01 am : Cecil berkata , Sultan adalah betul bila berjumpa dengan Najib, Adun- adun BN & 3 ahli bebas sebelum membuat keputusan pada 5 Feb .

10.54 am :Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya

10:50 am : Hakim pertikaikan hujjah peguam Zambry, Cecil Abraham yang asyik merujuk Artikel 16 dan 36

10.40 am : Mahkamah Rayuan menerangkan perbezaan Artikel 16(6) dgn 36(2) Perlebagaan Perak

10.38 am : Cecil mendakwa penghakiman mahkamah tinggi tidak tepat dan tidak lengkap

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower