.
`
refresh 4 new artikal
.

20 May 2009

Keputusan mahkamah esok…

Politik Perak tenang dua tiga hari ini..kerana masing-masing berada dalam mode gencatan senjata. Masing-masing menunggu keputusan Mahkamah Rayuan esok untuk mencartakan tindakan-tindakan seterusnya.

Apa pun keputusan mahkamah..aku rasa pilihanraya DUN Perak akan berlaku juga.

Aku tak mengharap keputusan mahkamah. Setelah melihat kepada apa yang berlaku…dimana mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zamry dalam masa 3 jam..manakala rayuan Nizar mengambil masa tujuh hari…tak ada apa yang diharapkan dari mahkamah. Kalau nak kata aku menghina mahkamah pun …kata lah. Bagi aku,,,mahkamah dah jadi macam market babi…harga pasaran ditentukan oleh peniaga…bukan penternak. Dan sekarang harga babi jatuh merudum kerana H1N1.

Sekarang..orang tak makan babi bukan pasai dia haram..bukan pasai dia tak sedap…tapi pasai virus.

Mahkamah pun macam tu jugak…sudah dijangkiti virus H1N1. Hakim-hakim yang masih belum dijangkiti…mungkin tinggal beberapa kerat. dan kalau nak tau apa keputusan mahkamah esok..tak payah pergi mahkamah.

Cuma perlu tengok…ada tak pemimpin dan penyokong Umno dimahkamah…ataupun berkumpul dihotel..bersedia untuk buat sidang media.

Dalam penghakiman diMahkamah Tinggi yang memihak kepada Nizar..tak ada sorang pun pemimpin atau penyokong Umno di Mahkamah Tinggi.

Tetapi dalam penghakiman dimahkamah rayuan yang memihak kepada Zamry, hampir semua pemimpin Umno Perak ada dikeliling Zamry..semasa sidang media diadakan. Kalau dilihat kepada waktu sidang media itu diadakan…jelas nampak bahawa mereka sudah bersedia dengan keputusan mahkamah.

Sama ada zamry menang atau Nizar menang…aku rasa Dewan akan dibubarkan juga.

Nizar dah cakap…dia akan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru. Jadi…kalau Nizar menang…kita sudah dijaminkan dengan pilihanraya DUN Perak. Sultan Perak sudah menolak keputusan rakyat terbanyak. Tak kan Sultan nak menolak keputusan mahkamah pulak kot?

Kalau Zamry menang…lagi teruk. Mahkamah akan ditertawakan oleh seluruh dunia. Kredibiliti Najib akan terus menjunam dan kemana saja dia pergi didunia ini…dia akan ditertawakan. Kecuali lah kalau semua majlis antarabangsa diwakili oleh Anifah Aman.

Kalau Zamry menang…Najib pun tak suka. Zamry bukan pilihan Najib untuk menjadi Menteri Besar. Nama Zamry bukan lah cadangan yang dihantar oleh Najib kepada Sultan. Zamry terlantik setelah cadangan Najib dipintas oleh Pak Lah diwaktu masa kecederaan.

Dan Zamry juga bukan pilihan Mahathir. Zamry pernah ditahan dibawah ISA semasa pemerintahan Mahathir kerana menyokong Anwar.

Najib nak ikut sapa? Nak mempertahankan Zamry yang bukan pilihannya…atau terus menjilat Mahathir? Aku percaya…Najib akan memilih pilihan kedua.

Sekiranya Zamry menang…Najib akan memohon kepada Sultan untuk membubarkan DUN. Imej Najib akan dilonjakkan sebagai seorang yang paling demokratik…dah menang pun masih bubarkan DUN. Najib akan dilonjakkan sebagai PM Rakyat…prihatin terhadap rakyat…peka terhadap rakyat.

Dan selepas pilihanraya…kalau BN menang..dia punya pilihan sama ada mahu mengekalkan Zamry atau tidak.

Tapi dia tahu…BN akan kalah diPerak kalau pilihanraya diadakan. Dan kalau Zamry tidak lagi menjadi Menteri Besar…secara haram atau tidak…bukan lagi salah Najib!

Orang Umno juga tidak akan menyalahkan Najib kalau Umno kalah. Sebab hak untuk membubarkan DUN bukan hak Najib…tapi hak Sultan. Dan Najib dah beli insurans ini bila dia kata…hanya Sultan yang berhak membubarkan DUN. Sapa kata Najib tak terror? Sebab Mahathir ada belakang dia.

Semasa keputusan mahkamah tinggi yang lalu..aku tak larat nak layan sms dan panggilan telefon. Tapi esok…jangan tanya aku. Sebab aku tak mau pergi…dan aku tak mau tau apa keputusannya.

Yang aku nak tau sama DUN akan dibubarkan atau tidak.

Sementara itu ada dua posting oleh Amin Becok disini…dan Isham Rais disini.. yang mengganggu konsentrasi aku. Dua idea yang perlu dihadam dan dicernakan …dikunyah sebanyak 44 kali supaya ia menjadi darah… bukan jadi taik.

http://perakexpress.com

1 comment:

  1. Makhmah Jangan jadi mcm filem P RAMLE (ANAK BAPAK)je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower