.
`
refresh 4 new artikal
.

29 May 2009

Jom Kita Pakat-pakat Garu Kepala!


Sekali baca rasa nak tergelak. Dua kali baca rasa kembang tengkok. Baca lagi, kepala yang tak gatal pun digaru. Sudahlah rambut semakin hari semakin mengurang, bila kerap benar digaru, mahu habis terus.

Khir Toyo tak tahu. Rahman Palil tak terlibat. Exco tak bincang. Tapi tanah itu diberi oleh kerajaan negeri selepas dipohon kepada Kumpulan Dimensi Sdn Bhd.

Kerajaan negeri beri tapi exco dan MB tak tahu. Macam mana ya?

Aduh, garu sekali lagi.

Kalau kerajaan negeri beri, exco pula tak tahu, Kumpulan Dimensi minta tanah dengan siapa? Siapa pula yang berkuasa meluluskan tanah untuk projek begitu besar?

Aduh, garu lagi.

Pengambilan tanah itu tiada kaitan secara langsung dengan kerajaan negeri, kata Khir. Tapi tanah itu di Selangor dan MBnya Khir, macam mana?

Aduh, garu lagi.

Projek itu dibuat di Selangor tapi kerajaan Selangor tiada kepentingan. Selangor negeri atau kampong? Khir MB atau Pengerusi JKKK?

Aduh, garu lagi.

Tapi bagus juga statement ini. Bukankah Khir adalah bos group pemikir Umno Selangor. Tentulah statement itu dikeluarkan setelah dia berfikir masak-masak. Dia juga sedang berfikir lagi untuk mengilat macam mana pula selepas ini.

Khir, tolonglah kesiankan kami yang tak pandai fikir ni. Asyik garu kepala aje!

Kalau rasa nak garu kepala juga, baca sini.

Kalau sudah puas garu dan teringin pula nak gelak, boleh juga. Silakan!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower