.
`
refresh 4 new artikal
.

20 May 2009

Dah lah kes Perak tak settle2 lagi, tambah pulak masalah kat Penanti..



Hari tu bukan main meeting sampai berkali.!lepas tu kata nak umum kita tunggu dia tak umum2.last2 macam ni Pulak yang Najib buat...

Hari tu bukan main meeting sampai berkali.!lepas tu kata nak umum kita tunggu dia tak umum2.last2 macam ni Pulak yang Najib buat...

One Malaysia tahu BN jadi penakut

Adalah sorang hamba Allah tu nasib baik dia ingatkan saya.Terima kasih geng dari UMNO.

Sebelum pergi Usrah PAS tadi lepaklah kejap dengan kawan minum2 kat kedai mamak yang dekat je dari rumah.

Dalam minum2 tu, berborak2lah pasal BN takut Pilihanraya dengan member saya yang lain, sebab kami berjanji nak pergi usrah berlima naik kereta member, jadi kami tunggu dan minum dulu di kedai mamak, Bukan kedai Mamak Zambry tau.kalau dia, belum masak saya dah muntah dulu.

Kitaorang biasalah lepak kat kedai mamak sementara nak tunggu kawan lain sama pergi usrah anjuran Pemuda PAS..

Tiba2 adalah Mamat BN memberlah jugak,selalu main futsal sama2.

Sambil salam dia pun duduklah sekali minum dengaan kami sambil borak hal2 perkembangan semasa.

Dia ni jenis UMNO yang boleh campur sapa2 pun dekat situ.Jadi kami pun hormatlah sebab dia pun selalu ok dengan kami.Malah dia jenis UMNO yang ok dan low profile jadi senang nak berkawan.

Masa borak2 tu, mula2 takdelah pasal politik.Bila dia nampak je kawan saya pegang Harakah tajuk ‘rakyat jadi hakim’ dia pun mulalah naik angin!kitaorang punyalah risau sebab dia ni kira otai jugaklah kat tempat tu. Habislah muka kawan tu dah merah menyala.

Tiba2 dia bercakap.tahu apa

dia kata.?

“Aku dah meluat tengok BN ni!.Dah takut tu tak payah lah cakap banyak,bukannya semua orang tak tahu sekarang ni macam mana BN.”?

Huh.!hilang terkejut saya.Ingat kan marah kat kami tadi.Suspen je Mamat ni.Saya tanya lagi.”kenapa.”?

Dia jawab balik.

“Hari tu bukan main meeting sampai berkali.!lepas tu kata nak umum kita tunggu dia tak umum2.last2 macam ni Pulak yang Najib buat.”?

Sambungnya lagi.”Dah lah kes Perak sekarang ni tak settle2 lagi tambah pulak masalah kat Penanti,

Bila dia tak mahu letak calon.tahu la semua orang dia memang takut Pilihanraya.”Marah betul dia.

Saya sungkit sikit soalan panas kat dia.”Ha! habis apa kena mengena dengan Perak pulak.”?

Tak sempat sedut air milo ais dia berkobar2 je terus menjawab.”Mana tak berkaitnya?orang tahu sekarang ni BN tak mahu bubar DUN perak kan.”?dia tanya saya balik pulak,saya angguk kepala je.

Kemudian dia sambung.”Ala,ko kan orang PAS takkan tak tahu Isu ni.”?

Saya pun buat2 angguk lagi.

Sambungnya lagi.”Bukanke masa Isu Perak ni pun orang dah kata macam2 kat BN, BN takut Pilihanrayalah, takut bubar DUN Perak lah.”dia berhenti kejap sambil sedut dulu air milo ais tu lepas tu dia sambung lagi.

“Bila BN tak letak calon kat DUN Penanti sah2 lah orang bertambah yakin yang Najib sekarang memang takut dengan pilihanraya”.

Saya kilas balik jawapannya tu.”Mana pulak kan ke Najib dah cakap itu kan masalah dalaman Pembangkang,dia kan nak tumpukan hal ekonomi.”?kata saya pura2 buat baik lah konon,padahal saya macam perisik.

“Taiklah! mana ada? pasal Ekonomi? ini semua Auta dia je bukan semua Orang UMNO tak tahu”.sambungnya lagi “Kat Penanti tu pun calon pun dah ada.Aku nak tanyalah sampai malam ni apa yang ditumpukan pasal ekonomi ni sedangkan Media bertali arus siarkan pasal berita DUN Penanti tu apasal “.?.hangat ni kata saya dalam hati.

Saya tergamam.Eh betul jugak,kata saya dalam hati.Berita hari ini pun hanya Nazri pergi melawat puduraya je yang saya tahu tu pun nak umum pasal repair Puduraya guna

10juta ke 30juta sahaja.

Kawan tadi pun sambunglah marah dia kat Najib.”Alah kalau Puduraya tu 10,30 juta je dia bagi.masa kat Bukit gantang tu mahu lebih dari tu dia labur ko tau tak.”Aik mamat ni lebih marah dari saya pulak bisik dalam hati.

“Nak tutup Isu dia laburla 10,30 juta tu biar nampak rakyat percaya agenda ekonomi dia tu,sedangkan kalau dia betul ikhlas Plaza Rakyat yang dah bertahun kat sebelah Puduraya tu apasal tak mahu repair.”?sambungnya lagi.”ko tau nak repair Plaza Rakyat tu berapa kos dia”.?

Saya geleng2 kepala lagi

tanda tak tahu.

“Mahu 1ke2 billion tu mungkin meningkat masa ekonomi gawat ni.”

“Ko tak tahu Najib tu otak dia sama macam Mahathir belit dia, dia labur RM10,30juta repair Puduraya sedangkan Plaza Rakyat dah lama terbengkalai angkara kawan Mahathir tu dia buat tak nampak pulak.”

Isk! semakin hangat mamat ni. Maklumlah kami bersahabat baik,kenal sangat dia ni selalu join kita orang main futsal sama2.

“Abis yang engkau marah kenapa dah dia taknak bertanding apasal.”? aku cucuk jarum lagi.”kan dia kata Penanti tu tempat Pembangkang takpelah biarlah bagi balik kat pembangkang.”ayat umpan saya bagi ke dia.

Dia terus maki.”Taiklah!Penipu je semua tu.! heh alasan dia saja tak mahu bertembung dengan Anwar ” sambil sedut Milo ais tu kemudian sambung.”kalau itu alasan dia kenapa masa Kelantan dulu ada PRK di Pengkalan Pasir beria2 UMNO bertanding.Masa tu lagi teruk ekonomi , tempat pun pembangkang yang punya kenapa boleh je bertanding.”? Sambil sedut balik milo aisnya.

Dia balas balik.”Abis Bukit Gantang dengan Bukit Selambau tu kerusi siapa sebelum tu bukan kerusi pembangkang ke.”?

Saya jawab.”Manalah aku tahu kan ke dia tu PM ko”? Rakan saya yang lain khusyuk dengar perbualan kami yang agak2 seperti debat perdana tu.

Tahu dia jawap apa.”Khak thui.! PM apa macam ni, Pengecut.!

bagus lagi Pak Lah.! sungguh pun Slow Pak Lah lagi gentle dari Najib.Masa Pak Lah mana kawasan PRK BN tak masuk.? Ijok yang tempat keadilan kuat pun kita boleh tawan apara.”Berapi dia cakap terkedu saya..

Marahnya lagi

“Nak kencing pun tengoklah ahli akar umbi.Dia ingat kita orang bodoh ke Pasal kes dia ni lah.takut sangat.buat apa nak takut kuasa kan dia dah pegang banyak pulak alasan si Najib ni.”

Nampak hangat kata2 dia malam tu dalam do borak2 tu kereta member pun dah sampai, sebelum kami berangkat ke Usrah PAS dengan kereta dia saya sempat bertanya kepada mamat tu.

Saya tanya .”Yang engkau angin semacam ni kenapa.? Biarlah UMNO rileks sikit tak lah rugi duit rakyat tu.” kan ke UMNO nak jimat sekarang ni.”?Umpan lagi tu.he he

Dan anda semua nak tahu kenapa si Mamat tadi marah sangat kat Najib tu.? ni jawapannya:

“Aku bukan nya apa kalau BN bertanding, bolehlah buat part time sikit pasang poster ni. Budak aku pun ramai dah siap sedia segalanya. Kononnya Muhyidin Yassin hari tu cakap macam nak letak calon je semua orang dah konfiden. tapi cara bertangguh2 apa susahnya sampai kena meeting berkali2.”

Sambungnya lagi.

“Tiba2 tak jadi lak bertanding. Dah tau tak mahu bertanding yang dok kalut meeting berkali2 tu nak buat apa cakaplah awal2 BN tak mahu bertanding apasal susah sangat”?. Marah lagi.keh keh

“Memanglah semangat aku pun dah lemah. tu yang terkilan tu.Benda semua dah ready dah.Abislah macam ni, dah lah part time tarak. Orang BN pulak semakin malu. bengang betul aku ni,macam mana Najib ni belum 100hari perintah dah macam ni malu2.”

Saya pun bagi soalan baik punya dekat mamat tu.” Alah susah2 masuk PAS. tak payah fikir pasal part time kita berjuang Ikhlas macam datuk,nenek moyang kita dulu masa mula2 tubuh UMNO, UMNO sekarang dah sasau.”Umpan saya pada dia.

Saya tengok dia senyum je. Ha macam ada tanda2 je tu harap2lah Allah bukakan hatinya. Lagipun dia ni dikira orang UMNO yang berperwatakan agak baik jugalah kat situ.

Saya pun gelak besarlah dalam hati keh keh keh. begitu rupannya sampai angin serata alam dia marahkan UMNO.Ha ha Najib2 silap anda semakin besar Najib Orang sendiri pun pertikaikan anda.Masa dah suntuk Najib ingat 2tahun je tempoh pulih UMNO.Sekarang dimata rakyat UMNO DAN AHLI UMNO SENDIRI BN PENAKUT.

“ONE MALAYSIA TAHU BN PENAKUT”
From:

Naruto sensei..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower