.
`
refresh 4 new artikal
.

21 May 2009

Bantahan kepulangan chin peng ke malaysia


Syed Ali bantah saranan benar Chin Peng balik ke M'sia
May 21, 09 7:36am
Beberapa pihak membantah saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini.

Teng dilaporkan berkata, bekas setiausa agung PKM itu yang kini tinggal di Thailand, hendaklah dibenarkan kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan dan Chin Peng tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Pemimpin Gerakan itu juga berkata, keganasan komunis yang melampau seperti pada-pada tahun 50-an tidak lagi diamalkan dan komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi serta kini sedang menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi, lapor Bernama.

Chin Peng, 85, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak dikatakan masih mempunyai saudara mara di Malaysia.

Permohonan beliau menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lalu.

Ketika membantah cadangan tersebut, Bernama memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee sebagai berkata kekejaman PKM di bawah pimpinan Chin Peng tidak boleh dimaafkan.

Selain negara menjadi huru-hara, katanya, ramai isteri yang menjadi balu, anak kecil menjadi yatim manakala ibu kehilangan anak kerana perbuatan kejam dilakukan oleh komunis pimpinan Chin Peng.

Desakan tidak munasabah

"Oleh itu tidak timbul soal perikemanusiaan berhubung isu Chin Peng kerana kekejaman dan keganasannya tetap menjadi sejarah hitam kepada rakyat negara ini," tegas beliau.

Syed Ali juga berkata adalah janggal apabila Gerakan membuat desakan yang tidak munasabah berhubung perkara tersebut.

Manakala Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar Ujang turut menolak sebarang usaha untuk membawa pulang bekas pemimpin PKM itu.

Beliau berkata walaupun kerajaan kini mengamalkan sikap terbuka dan bertimbang rasa serta dasar yang agak liberal, namun cadangan sebegitu hendaklah diteliti serta dikaji implikasi yang bakal timbul.

"Bagi saya yang juga sebagai bekas polis, kita jangan lupa kepada sejarah negara di mana beliau telah mengorbankan ribuan pejuang kita di atas nama komunisme dan mempunyai niat jahat untuk menumbangkan kerajaan," katanya.

Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata Pewaris menolak dengan lantang permintaan tersebut kerana ia seolah-olah melupakan peristiwa pahit yang pernah dilakar ketika penentangan komunis di negara ini.

"Kita amat tidak bersetuju dengan permintaan itu dan kita tidak mahu luka lama berdarah kembali. Ketika penentangan komunis dulu ramai anggota pasukan keselamatan kita yang terkorban," katanya...mkini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower