.
`
refresh 4 new artikal
.

14 May 2009

Amaran Mursyidul Am Buat Pencabar Jawatan Presiden & Timbalannya



Pemilihan PAS: Nilai diri sebelum bertanding

Malaysiakini : Sentiasa menilai keupayaan diri sendiri terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bertanding Jawatan-jawatan penting parti dalam pemilihan Pucuk pimpinan PAS Jun ini.

Begitulah ingatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemimpin parti itu yang mengintai untuk bertanding dalam pemilihan bulan depan.

Beliau berkata, apa saja jawatan, termasuk presiden dan timbalan presiden parti itu adalah terbuka untuk ditandingi.

Namun, beliau mengingatkan, mereka yang berhasrat untuk mencabar jawatan berkenaan, perlu memikirkan sama ada mereka mampu memikul amanah besar itu, lapor Bernama.

“Tak boleh nak suka-suka bertanding, mana boleh. Ini kerja amanah. Bila bertanding untuk jawatan, kita bertanggungjawab jadi ’signboard Islam’.

“Bila orang tengok, orang kata macam inilah Islam, setiap perbuatan, tutur kata dan tingkah laku kita ikut Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sijil sekolah pengajian Tafaqquh Fiddin kali pertama di Balai Islam di Kota Bharu hari ini.

Pemilihan barisan pimpinan baru dalam PAS dijangka menyaksikan saingan sengit, terutama bagi jawatan timbalan presiden dengan beberapa pemimpin PAS sudah mengesahkan akan mencabar penyandangnya Nasharuddin Mat Isa.

Antara nama yang disebut-sebut ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan presiden dan timbalan presiden PAS.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower