.
`
refresh 4 new artikal
.

20 April 2009

SPR nak reka satu lagi peraturan 'gila'-malaysiakini

" Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan yang pihaknya sedang memikirkan perkara tersebut dan akan dibincangkan secara mendalam Rabu depan.

Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak.

Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil (PRK) iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Idea ini mungkin timbul apabila jumlah penyokong pembangkang atau Pakatan Rakyat (PR) jauh mengatasi jumlah penyokong Barisan Nasional (BN) dalam setiap kali PRK di negara ini, sama ada semasa hari penamaan calon atau hari pengundian. Lebih ketara lagi ialah pada PRK Bukit Gantang baru-baru ini, apabila kita saksikan pada hari penamaan calon, nisbah penyokong kedua belah pihak ialah 1 (BN) : 10 (PR). Begitu juga pada hari pembuangan undi.

Keadaan ini sebenarnya memberikan kemenangan moral kepada PR sendiri, dan ia boleh dijadikan petunjuk kepada keputusan sesuatu PRK itu. Jadi bagi menutup 'kemaluan' BN, SPR mungkin telah diarahkan untuk mencipta satu peraturan bagi menyekat penyokong setiap parti (sebenarnya untuk PR sahaja) daripada hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada PRK berkenaan.

Semua orang tahu bahawa dalam setiap PRK penyokong PR yang datang berduyun-duyun itu datang dengan kerelaan mereka sendiri, dengan perbelanjaan sendiri, bahkan terpaksa meninggalkan pekerjaan untuk beberapa ketika. Mereka memberikan khidmat dengan penuh ikhlas tanpa meminta dan mengharapkan apa-apa balasan.

Sebaliknya di pihak BN pula, mereka yang datang ramai-ramai (itupun belum cukup ramai) adalah orang-orang yang menerima upah, sama ada wang minyak kenderaan atau belanja makan minum. Kalau tidak ada habuan berupa benda seumpama itu, jangan diharap akan ada orang yang sanggup untuk datang menyokong dan membantu.

Setakat ini rasanya kita tidak pasti dan tidak nampak lagi apakah kaedah dan pendekatan yang akan digunakan oleh SPR bagi merealisasikan hasrat pemimpin-pemimpin BN ini. Kita tunggu perkembangannya...

Sumber: Penerus Perjuangan
"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower