.
`
refresh 4 new artikal
.

23 April 2009

PERANG NAJIB-MAHADHIR AKAN MELETUS???

Mula-mula Che Det kita kata.... there are 'unsavoury characters' in Najib's cabinet. Mungkin ramai dah tahu...tapi untuk mendapatkan kepastian.... siapa kah mereka ??? Arrr... hari ini, dia sebut jugak nama depa.... Well.... siapa lagi kalau bukan Mr Botak Nazri Aziz dan Mr Johari Baharom. Sorang dari Perak dan sorang lagi orang Kedah.


Kedua-dua nyer pernah dikaitkan dengan rasuah. Nazri Aziz dalam kes atau isu permit teksi, semasa dia menjawat jawatan Menteri Usahawan, manakala, Johari Baharom pulak, kes rasuah RM5 juta ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Kecoh kes ini dulu..... tapi entah macam mana, boleh lepas macam tu jer.... Ai, biasa ler, nak jaga reputasi kerajaan UBN. Kalau kena cekop nanti malu pulak kerajaan. Nampak sangat para pemimpin kerajaan UBN rasuah. Buat-buat gempaq masa tengah panas lepeh tu simah air ais.... sejuk lah baik!!!


Tapi masa kes permit teksi yang membabitkan Nazri.... PM masa tu ialah Mahadhir. Pelik kenapa masa tu, dia bagi muka pada si Nazri. Mungkin Nazri kuat jilat dia kut..... So, pejam one eye dah ler..... So.. I guess sebab tu ler dia terlepas kut. Takkan Che Det nak biarkan orang kata cabinet Che Det rasuah...... so, terpaksa ler cover line... Itu persepsi orang ramai..... wallahu'alam!!

Lepas tu... naik pulak Dolah Badawi. Che Det ingat dia boleh harapkan Dolah untuk meneruskan segala perancangan dan agenda yang ditinggalkan oleh nyer.... Tapi dia hampa. Amboi... bukan main marah dia pada Dolah. Macam-macam dia kritik dan kecam pentadbiran Dolah. Last-last sampai keluar UMNO ler.... kerana marah sangat ke Dolah!!

Weh.... masa ini ler si Nazri backing Dolah giler-giler.... Masa tu Dolah lantik dia jadi Menteri yang jaga undang-undang... kalau tak silap teman ler..... Uhhhh mak.... lantang mamat botak ni mengkritik Che Det pulak. Ai.... takkan mudah nyer dia lupa siapa yang dulu yer menyelamatkan dia. Ini ler dia.... Melayu mudah lupa!!! Mungkin itu lah tanggapan Che Det pada Nazri..... dari saat itu ler Che Det marah sangat pada Nazri. Rasa nyer sampai simpan dendam ler...... Jaga kamu aku, dapat chance jer, kamu kena ler....!!!

Bila Najib jadi PM ganti Dolah.... Che Det lega. Akhir nyer.... mentee dia jadi jugak Piem. Dapat ler dia berperanan sedikit..... sekurang-kurang menjadi penasihat kepada Naijb secara tak rasmi. Tup-tup... dua ekor ni dilantik pulak ke dalam kabibet Najib. Isy.... apa ke hei yer!! Orang yang dia tak semiak jadi menteri Najib. Arrrr.... mula ler dia mengondem. Kalau boleh, dia tak nak dua ekor ni ada dalam kabinet Najib. Menyemak nyer..... lagi pun dia nak ajaq sikit si Nazri tu!!

Mungkin Najib tahu, Che Det tak berkenankan Johari dan lebih-lebih lagi Nazri botak. Tapi mungkin juga Najib terpaksa kerana dia perlu orang yang celupar mulut nyer seperti Nazri untuk menjadi menangkis kritikan orang terhadap nyer..... Sebab dia tahu, Nazri ni memang kaki bodek dan kaki jilat!!! Orang macam ni senang Najib nak perkudakan..... yeeee haaaah!!!! Lantak pi ler dengan Che Det , yang penting orang ni dia boleh pergunakan..... Apa yang Che Det nak bisingkan.... kan ke Najib dah lantik Mukhriz masuk dalam kabinet dia..... di kementerian penting pulak tu!!!

Mak oi... hari ni si Nazri pulak jawab komen Che Det. . Najib dah lantik aku.... hang peduli apa. Kalau aku tak guna.... awat hang pun lantik aku dulu..... Ewah....ewah...ewah.... tunjuk garang nampak si botak ni!!! Mesti Che Det lagi berbulu dengan mamat ni...... Kita tunggu dan lihat apa Che Det akan buat..... Jaga kamu Nazri...!!!

Lantak komer.... Che Det ni seorang yang pendendam. Kalau komer go against his wishes, pasti teruk komer kena dengan dia. Semasa Najib pergi ke Johor hari tu.... dia ada sebut yang dia kan teruskan rancangan WPI di Johor. WPI ini Che Det tentang.... Dia tak suka, sebab itu Pak Lah punya 'hasil tangan'. Apa yang ada kaitan dengan Dolah, dia mesti tolak... dan Najib pulak kata. dia akan teruskan. Ai.... berani nyer si Najib ni, tak takut ke Che Det murka. Porak peranda kamu nanti....

Sikit....sikit kita dah dengar suara Che Det. Mula-mula dulu.... bukan main puji lagi si Najib. La ni..... komen pasal pendirian UBN dalam PRK N12 Penanti ler... unsavoury caharcters in Najib's cabinet ler......... WPI ler..... media luar serang Najib dan Najib mesti bersihkan reputasi dia ler.... Esok-esok... tak tahu ler apa lagi yang dia nak komen...... Kita tunggu dan lihat jer ler.... Apakah akan tercetus pulak perang Najib-Mahadhir selepas ini???

http://motherof3mohd.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower