.
`
refresh 4 new artikal
.

03 April 2009

Eksklusif: Peralihan Kuasa, Akhirnya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak Sah Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Pagi Ini

KUALA LUMPUR [10.00 am] - Sah kini, akhirnya Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam selamat disempurnakan di Istana Negara tepat jam 10.10 pagi ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan, mencipta sejarah kerana mewarisi kepimpinan bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua. Najib menyertai politik secara aktif selepas Tun Razak meninggal dunia. Upacara bersejarah itu akan bermula pukul 10 pagi ini dengan disiarkan secara langsung oleh RTM. Majlis disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin itu berakhir sekitar jam 10.30 pagi tadi. Selain anggota Kabinet dan jemputan khas, antara mereka yang hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam. Ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda diadakan di Istana Negara.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini. Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi. Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Oktober 2003

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower